Siakap Keli
Kredit Foto: shutterstock, nationalpost

Anak Hidap Kanser, Ibu Menangis Menyesal Dakwa Kerap Bagi Anak Makan Jajan Mungkin Jadi Punca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Anak-anak adalah permata hati bagi setiap ibu bapa. Kebahagiaan anak adalah segala-galanya. Apa sahaja kemahuan anak pasti akan diturutkan asalkan mereka bahagia.

Namun, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Tidak semua kemahuan mereka perlu diturutkan. Kadangkala ibu bapa perlu bertegas dalam mendidik anak. Terutama mengenai pemakanan mereka. Jangan terlalu kerap benarkan anak-anak makan makanan ringan yang tidak berkhasiat. Hal ini kerana, pemakanan mereka akan memberi kesan kepada kesihatan mereka kelak.

Menurut satu perkongsian oleh seorang pengguna facebook, Louis AmyCek yang berkongsi mengenai pemakanan anak-anak perlu dijaga supaya terhindar dengan masalah kesihatan.

Allahuakhbar, Petang tadi Amy dapat call daripada seorang wanita & ibu kepada seorang anak kecil berumur 2tahun.. She call & ask me..

“Amy, saya follower Amy, saya sokmo tengok wall Amy pasal anak Kanser amy.. And now, anak saya demam on off, dan sekarang ade timbul biji biji kecik dekat bawah telinga dengan tekok.. How should i do? ” allahurabbi, hati Amy memang dah rase  tak sedap hati sangat. Amy cooldown dia, sebab suara dia memang sangat sangat dalam ketakutan.. Suara hati seorang ibu yang sangat mengharap kan ianya BUKAN SIMPTON KANSER..

Firstly, saya bukan doc tapi saya ibu kepada anak kanser. Even saya tak tahu 100% tapi saya boleh terang ape yang saya tahu jerr. Subhanallah, dia bagitau mate anak dia bekok, perut besar sikit, butir-butir kecik dekat bawah telinga dengan bahu. Hancur hati seorang ibu bile gi check klinik, dan dapat surat daripada doctor, dan ianya adalah SIMPTON KANSER kasihannye Ya Allah, andai dapat putar masa kembali, banyak mak-mak kanser lain nak ubah care pemakanan anak-anak termasuk aku!

Dia call sekali lagi untuk mintak kata semangat daripada amy
“AMY, DOCTOR BAGITAU SAYA & CAKAP ANAK SAYA ADE SIMPTON-SIMPTON KANSER AMY, MCM MANE SAYA NAK HADAP AMY, RASE NAK REBOH PENGSAN JER DENGOR.. ” Dan Amy masih  tak puas hati, Amy tanye dia sekali lagi.. “MACAM MANE CARE PEMAKANAN SEBELOM NI DEKAT ANAK? ”  dok dan tanye abis, dia jawab “ALLAH AMY, DULU SAYA BUAT STOCK JE AIR KOTOK, AIR *******, CIKEDIS KAT RUMAH & SAYA MMG ADE TALASEMIA”  ALLAHURABBIKalau kita ada TALASEMIA & ANAK BERANAK TALASEMIA / ANIMIA, tolong la ibu2, tolong la, Amy merayu sangat, jaga la pemakanan, elakkan laaa semua tu.. Demi anak kita..

Sayang la anak kita bia la kita dilabelkan seorang IBU BAPAK YANG MELAMPAU & CEREWET JAGA ANAK TAK BOLEH BUAT NI, TAK BOLEH MAKAN NI TAK BOLEH MAKAN TU BIAR KAN, ANAK AKU, AKU TAHU APA YANG AKU BUAT

hati ibu mana yang sanggup dengar semua ni? Sedangkan Amy sendiri hampir-hampir giveup untuk teruskan hidup ni. TAPI? siapa la kita untuk mengelak semua ni? Ade hikmah sayang, Allah memilih kita kerana kita mampu hadap semua ni, Dia tahu kita SEORANG YANG LAYAK & SEORANG YANG SANGAT-SANGAT KUAT!

Keep strong sayang.. And until now, amy masih tertanye-tanya siapakah wanita ni, dan Amy harap dia kuat & tempuh la dugaan ni dengan hati yang terbuka. Redha dengan sesuatu perkara, baru laa Allah terima 

Sumber: Louis AmyCek

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.