Siakap Keli
Kredit Foto: miror, ionigeria

Bayi 14 Hari Dibiarkan Mati Dalam Penjara, Tak Diberi Rawatan Kerana Alasan Ini Yang Tak Munasabah

Seorang bayi berusia dua minggu dilaporkan meninggal dunia di sebuah penjara selepas kakitangan di sana dituduh enggan memberikan rawatan keatas bayi tersebut atas alasan bukan penghuni disana.

Bayi tersebut dilaporkan tidak sedarkan diri selama 30 minit di penjara Dame Phyllis Frost Center yang menempatkan ibu dan anak di Victoria, Australia.

Seorang penghuni di sana cuba memberi bantuan CPR sementara menunggu jururawat tiba namun ianya sudah terlambat.

Tiada kakitangan yang ditugaskan untuk merawat bayi tersebut kerana dia bukan penghuni di penjara itu.

Kredit Foto: miror

Ibu kepada bayi yang berasal dari Vietnam itu dikatakan menjerit bagi mendapatkan bantuan ketika melihat keadaan bayinya yang tidak bergerak.

Unit ini membenarkan kanak-kanak tinggal bersama ibunya sehingga berumur enam tahun.

Kredit Foto: miror

Penjara ini menempatkan banduan wanita yang dahsyat termasuklah pembunuh bersiri “Black Widow”,Robyn Lindholm.

Polis kini sedang menyediakan laporan untuk Koroner.

Sumber: mirror

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.