Siakap Keli

Bukan Sekadar Cucuk Jarum, Ini Prosedur Ambil Darah Yang Perlu Korang Tahu

Sebelum ini, tular satu posting mengenai dakwaan seorang ibu mengenai tangan bayinya yang berusia satu hari dicucuk sebanyak 10 kali oleh seorang doktor pelatih.

Kejadian ini mendapat perhatian orang ramai khususnya warganet yang juga menyatakan kekesalan mereka terhadap perkara tersebut.

Melihat kepada perkara ini, pihak Public Health Malaysia juga turut memberi  info berkaitan dengan prosedur pengambilan darah dan menyucuk jarum.

Bukan Sekadar Menyucuk Jarum

Beberapa hari lalu tular mengenai keluhan seorang ibu mengenai ketidakpuasan hatinya kepada prosedur pengambilan darah/ memasukkan jarum di sebuah hospital.

Prosedur tersebut merupakan antara prosesur paling biasa dilakukan di hospital, tetapi jangan ambil mudah, tanpa komunikasi yang jelas dan skill yang betul, prosedur mudah boleh menyebabkan risiko komplikasi dan sebagainya.

Berikut PHM kongsikan maklumat penting mengenai prosedur pengambilan darah/ venupunture untuk perkongsian bersama.

Terlebih dahulu,ibu bapa dan pesakit perlu faham mengapa prosedur pengambilan sampel darah dan memasukkan jarum perlu dilakukan.

Setiap prosedur yang dilakukan perlu ada indikasi. Doktor bukan suka suka menusuk kulit halus bayi anda jika tiada indikasi yang jelas.

Tujuan mengambil sampel darah dan memasukkan jarum

✔️ Untuk mengetahui keadaan terkini pesakit
✔️Memasuk ubat dan antibiotik
✔️ Mengantikan air dan garam mineral
✔️ Memasukkan produk darah
✔️ Pemantauan hemodinamik
✔️ Memasukkan sumber nutrient

Apakah penting untuk pesakit dan ibu bapa untuk memberi kebenaran sebelum prosedur dilakukan.

Kebenaran pesakit dan ibu bapa

Semua prosedur termasuk pengambilan darah perlu ada kebenaran pesakit sama ada secara bertulis atau lisan. Tanpa kebenaran pesakit / ibu bapa , prosedur pengambilan darah atau memasukkan jarum TIDAK BOLEH DITERUSKAN.

Anda mempunyai hak mutlak untuk mempersoalkan indikasi prosedur dilakukan. Bertanyalah kepada doktor yang merawat agar segala persoalan yang terbuku dihati dapat dijelaskan.

Walaubagaimanapun, diharapkan pesakit dan ibu bapa dapat memberi kerjasama terbaik untuk memastikan proses rawatan dan pemantauan pesakit dapat dilakukan dengan lancar.

Berapa kalikah seorang doktor boleh mencuba untuk memasukkan jarum bagi seseorang pesakit.

Secara amnya, seseorang individu boleh mencuba sehingga 2 kali percubaan. Setelah gagal, doktor tersebut perlu BERHENTI melakukan prosedur tersebut dan meminta individu yang lebih berpengalaman untuk melakukan prosedur tersebut.

Dengan izin pesakit/ibu bapa , percubaan untuk memasukkan jarum/ mengambil darah boleh dilakukan sehingga 4 kali percubaan.

Selepas gagal, prosedur perlu dihentikan dan perbincangan lanjut perlu dilakukan dengan pasukan perawat atau pakar mengenai kaedah lain yang boleh digunakan

Antara isu hangat yang dibincangkan diruang komen adalah mengenai parut yang ditinggalkan selepas prosedur. Lebam dan parut merupakan antara komplikasi ringan yang boleh berlaku. Untuk mengurangkan kesan tersebut, tekan tempat yang disuntik untuk beberapa minit & tuam dengan ais batu.

Jika anda tidak berpuas hati dengan prosedur, lakukan aduan secara formal kepada pihak hospital. Semoga ada penjelasan dan penyelesaian yang baik untuk kedua dua pihak.

Paling penting, tetapi paling jarang dilakukan , beri penghargaan dan sekurang kurangnya ucapkan terima kasih jika prosedur berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Jangan kerana parut dan lebam yang ditinggalkan menyebabkan anda langsung tidak menghargai dan lupa pada saat saat kritikal pesakit berjaya diselamatkan oleh pasukan perawat.

Kredit Foto: Public Health Malaysia

Sumber: Public Health Malaysia 

Sofea

There's always another side to every story

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)