Siakap Keli
Kredit Foto: asiaone

Demi Nak Miliki Iphone 11, Pengasuh Kantoi Sanggup Jual Kanak-Kanak Jagaannya Atas Talian

Seorang wanita Vietnam sanggup melakukan perkara yang diluar jangkaan dengan menjual cucu perempuan jirannya demi mendapatkan sebuah iPhone 11.

Thai Thi Bich Hanh, 42, ditahan oleh pihak polis di wilayah An Giang kerana menjual seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun kepada seorang kenalan yang dikenalinya secara atas talian.

Kredit Foto: asiaone

Kanak-kanak itu tinggal bersama neneknya yang merupakan pengasuhnya utama, tetapi Thai juga turut menjaga kanak-kanak itu jarang-jarang sekali.

Thai sedang membuat panggilan video bersama Tran Tuan Vinh, 29 dan ketika itu kanak-kanak perempuan tersebut turut bersamanya ketika itu.

Tran menyatakan dia suka melihat aksi lucu kanak-kanak perempuan tersebut.

Thai telah memberitahu Tran bahawa bapa kepada kanak-kanak itu telah meninggalkannya manakala ibunya pula ketagih dalam aktiviti perjudian. Dia turut menyatakan kanak-kanak itu akan dihantar ke tokong untuk dijaga disana.

Tran berasa simpati terhadap hidup yang menimpa kanak-kanak malang itu bersetuju untuk menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya.

Dia telah menawarkan Iphone 11 yang berharga 22 juta VND (RM 3971) sebagai ganti. Dia juga akan memberi sedikit wang tambahan sebagai duit tambang perjalanan menghantar kanak-kanak itu kepada Thai.

Thai kemudian ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan kanak-kanak tersebut.

Dia mendakwa bahawa kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah ketika keluar bekerja.

Walau bagaimanapun, keterangan yang diberikan oleh Thai telah menambahkan curiga pihak polis terhadap dirinya.

Polis telah menjejaki Tran di kediamannya dan menyerahkan kembali kanak-kanak tersebut kepada neneknya.

Sumber: asia one

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.