Siakap Keli

Didakwa Rogol, Sebar Video Lucah, 2 Lelaki Bintang K-pop Dihukum Penjara

Dua bintang K-pop dijatuhi hukuman penjara hingga enam dan lima tahun  atas kesalahan merogol dan mengedarkan video seks yang diambil tanpa kerelaan pasangannya.

Satu daripada mereka dikatakan telah merogol wanita yang mabuk itu tanpa sedar. Dia telah merakam video mesra antara mereka kemudian menyebarkan rakaman itu tanpa keizinan wanita berkenaan.

Dia mengongsikan video berkenaan di laman sembang telefon bimbit termasuk dengan rakan K-pop, dari kumpulan terkenal, yang turut berdepan tuduhan judi dan skandal dadah

Kes itu meruapakan antara beberapa skandal seks dan penyalahgunaan yang telah menggegarkan dunia K-pop dalam beberapa tahun kebelakangan.

Sumber: BBC

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)