Siakap Keli
Kredit Foto: dailymail

Dipercayai Ibu Habiskan Duit Beli Arak, Anak Sendiri Kelaparan Terpaksa Makan Polysterine Untuk Ikat Perut

Dua kanak-kanak malang masing-masing berumur lima tahun dan setahun diabaikan oleh ibunya dalam keadaan lapar di sebuah rumah sehingga terpaksa makan polysterine dan kertas di Ukraine.

Diana dan Anya, berusia lima tahun dan setahun, hidup dalam keadaan yang sangat sedih bersama ibu serta teman lelakinya di Dnipro.

Menurut doktor, ibunya yang berusia 25 tahun tidak memberikan makan sehingga menyebabkan mereka terpaksa makan apa sahaja yang terdapat disekitar mereka.

Jiran mangsa berkata kepada media tempatan, ibu kepada dua kanak-kanak itu dikatakan sering bertengkar bersama teman lelakinya.

Rumah mereka juga sering menyebarkan bau yang kurang enak di kawasan sekeliling.

Ketika pegawai-pegawai masuk ke rumah tersebut, mereka terkejut melihat keadaan rumah yang kotor dan menjijikkan.

Bau di dalam rumah tersebut sangat busuk sehingga mereka mengalami kesukaran untuk bernafas.

Tandas di rumah tersebut juga tidak berfungsi manakala tab mandi pula dipenuhi dengan lapisan kotoran yang agak tebal sehingga dihuni dengan cacing.

Kredit Foto: dailymail

Diana dan Anya telah diambil dari rumah berkenaan dan dimasukkan ke hospital. Mereka didiagnosis dengan kekurangan zat makanan.

Pihak polis akan melaporkan kejadian itu kepada perkhidmatan sosial dan bercadang untuk menyaman ibu kanak-kanak tersebut dan melucutkan hak penjagaannya.

Jurucakap polis Ludmila Kopylenko berkata ibu dan teman lelakinya itu didapati tidak bekerja.

Anak-anak diberi makanan yang elok hanya sebulan sekali. Selebihnya ibunya menghabiskan wang untuk membeli minuman alkohol.

Sumber: Dailymail

Siti Natrah Jusof