Siakap Keli
Kredit Foto: mindfullnessmuse

Duit Lesap Ditipu Masa Beli Iphone, Pemuda Dedah Taktik Scammer Ini Supaya Orang Lain Tak Jadi Mangsa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masalah scammer makin berleluasa pada masa kini. Walaupun diri sendiri telah berhati-hati dalam pembelian sesuatu barang, namun adakalanya scammer bertindak lebih bijak daripada kita.

Pelbagai cara yang digunakan bagi memperdaya orang ramai demi mendapatkan duit dengan cepat dan pantas. Ramai yang telah terpedaya dengan golongan ini.

Menurut satu perkongsian daripada @iffgone di laman twitternya mengenai rakannya ditipu scammer ketika membeli iphone XS Max walaupun urusan jual beli tersebut dibuat secara Cash On Delivery (COD)

Aku nak cerita ni, kawan aku baru lepas kena scam beli iphone XS Max RM2500. Taktik scammer ni hebat juga lah, so aku nak share cerita ni supaya orang lain tak terkena dan berhati-hati dalam urusan jual beli. Scammer ni hebat, scam pun relax je boleh cash on delivery (COD).

Aku namakan member aku ni Alu lah okay memandangkan dia pro Alucard dan si scammer ni Wira memandangkan scammer bawa kereta Wira. Satu hari ni Alu scroll Carousell untuk cari iPhone XS Mas terpakai dengan harapan dapat harga murah. Ditakdirkan Alu ternampak satu post dari Wira.

Alu pun chat Wira dekat Carousell, dipendekkan cerita deal punya deal Wira setuju untuk jual dengan harga RM2500. Dorang set masa dan tempat untuk jumpa memandangkan Wira pun dari Johor Bahru sama macam Alu, jadi urusan secara COD menjadi pilihan mereka berdua.

Sampai hari yang ditetapkan, Alu pergi ke stesen minyak Petron di Skudai pada jam 10 malam. Sampai di stesen minyak, Wira dah sampai dulu tunggu Alu dekat sana. Alu minta untuk tengok phone, Wira serahkan satu iPhone XS Max original yang belum diformat pada Alu untuk Alu check.

Alu pun belek phone tu, belek punya belek dalam 20 minit macam tu dan Alu dah pastikan semuanya dalam keadaan baik so Alu pun setuju untuk beli iPhone tu dengan harga RM2500 tunai. Lepas Alu setuju, Wira bagitahu Alu untuk format dulu iPhone tu sebelum jual.

Wira pun format phone tu dan minta diri sekejap untuk pergi ke kereta untuk ambil kotak, aksesori dan casing yang ada. Alu tak syak apa apa masa ni dan tunggu sekejap, dalam 3-4 minit macam tu Wira datang bawa kotak, iPhone dan casing macam yang dijanjikan.

Alu dengan tak fikir panjang, bayar secara tunai RM2500 pada Wira dan Wira menyerahkan iPhone tersebut pada Alu. Mereka bersalaman dan lalu Alu excited nak balik dengan phone baru dan Wira pun excited nak balik dengan wang tunai RM2500.

Sampai kat rumah Alu pun cuba untuk setup phone tu, dalam fikiran Alu biasalah lepas format kan so kena setup balik. Alu pun cuba ikut step by step untuk setup phone tersebut, sampai dekat satu step tiba-tiba keluar satu perkataan yang buat Alu terduduk yakni “app is not working”

Kredit Foto: twitter kiff

Yes, iPhone XS Max yang ada pada Alu adalah iPhone clone. Alu yakin masa check sebelum beli dah habis dia check semua, appstore, safari dan lain lain apps dari Apple dan memang betul betul legit dan original.

Conclusion, Wira dah tukar iPhone original yang Alu check sebelum beli dengan iPhone clone masa Wira minta untuk ke kereta dalam 3-4 minit. iPhone memang dapat tapi RM2500 untuk satu iPhone XS Max clone adalah gila.

So berhati-hati lah dalam urusan jual beli, even cash on delivery dan face to face pun cubalah berjaga-jaga dan double check barang yang diterima sebelum dan selepas pembayaran. Hati-hati dalam semua urusan korang, jangan terlalu excited sampai lalai dan leka.

It’s a scam and masa yang sama sebab tindakan kurang bijak dari pembeli juga. So ikut korang lah nak marah siapa, jangan marah aku pulak sebab aku share je.

Sumber: @iffgone

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.