Siakap Keli
Kredit: Google

Kena Hentak Sampai Nampak Otak, Wanita Maut Ditukul Bekas Kekasih

Seorang wanita maut dalam keadaan sebahagian daripada otaknya terdedah apabila bekas teman lelakinya memukul kepala mangsa menggunakan tukul pada malam hari lahirnya yang ke-33.

Sandra Zmijan ditemui maut di taman belakang rumah bekas kekasihnya, Wojciech Tadewicz di London pada September tahun lalu.

Wanita itu dikatakan mengambil masa satu jam sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah diserang lelaki yang didakwa cemburu itu.

Sandra berpisah dengan lelaki berkenaan setelah dia enggan berhenti menggunakan dadah untuk meningkatkan kecergasan yang membuatkan lelaki berkenaan mengalami delusi paranoid.

Menurut The Sun, suspek mendakwa dia mengalami masalah mental pada detik kejadian yang membuatkan dia tidak mampu mengingati apa yang berlaku pada malam tersebut.

“Saya tidak ingat apa yang jadi tapi saya tak akan mencederakan Sandra dan tidak akan membunuh sesiapapun,” kata suspek menafikan tuduhan membunuh tersebut.

Perbicaraan bagi kes ini masih berjalan.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.