Siakap Keli
Kredit Foto: unilad

Pemuda Terkapai-Kapai & Mati Lemas Di Kuari, Rakan-Rakan Dipercayai Hanya Lihat & Rakam

Seorang remaja lelaki dipercayai hanya dibiarkan lemas oleh dua rakannya ketika sedang mandi di sebuah kuari terbiar di Kalburgi, Karnataka pada 15 November yang lalu.

Jaffer Ayub, 19 tahun telah mandi bersama-sama dua lagi rakannya di kuari tersebut.

Kredit Foto: unilad

Dia mula dilihat terkapai-kapai di dalam kauri berkenaan sendirian tanpa dibantu oleh rakannya.

Ayub tenggelam timbul di dalam air ketika cuba untuk menyelamatkan diri malah kedua rakannya itu hanya merakam kejadian tersebut tanpa menghulurkan bantuan.

Salah seorang daripada rakan ayub berdiri di tepi kuari itu dilihat cuba menghulurkan tangan bagi membantu Ayub, namun, tiba-tiba dia menarik kembali tanggannya itu.

Rakannya dilihat cuba menghulurkan tangan sebelum menarik balik tanggannya untuk selamatkan mangsa (Kredit Folo: unilad)

Setelah bergelut didalam air bersendirian tanpa sebarang pertolongan, keadaan air menjadi tenang dan dilihat Ayub sudah tidak bernyawa di dasar kuari tersebut.

Terdapat sekumpulan wanita dan beberapa orang awam turut menyaksikan kejadian tersebut, namun tiada seorang pun yang membantu Ayub ketika itu.

Menurut seorang pegawai polis, saksi kejadian mungkin terlalu takut untuk menghulurkan bantuan terhadap mangsa sehingga tidak mampu melakukan sesuatu untuk membantu mangsa.

Sumber: unilad

Siti Natrah Jusof

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.