Laporan daripada pihak berkuasa Gaza berkata seorang remaja Palestin terbunuh ketika tentera Israel melepaskan tembakan di sempadan negara tersebut.
Tembakan tersebut dikatakan terkena tepat pada bahagian perut remaja yang berusia 16 tahun itu, kata Kementerian Kesihatan hari ini.
Saksi berkata, berpuluh-puluh orang masih berkumpul di pagar sempadan itu walaupun keadaan tunjuk perasaan dengan Israel telah dibatalkan secara rasmi.
Untuk minggu ketiga bulan ini, Penguasa Wilayah Hamas memutuskan untuk membatalkan protes kerana takut ketidakstabilan keadaan di sana.
Terdahulu, pada hari Jumaat lepas, seorang militan Islam terbunuh akibat mengalami kecederaan parah yang ditanggungnya ketika berperang.
Sumber: VOANews