Siakap Keli

Satu Dari 500 Ribu Kelahiran, Bayi Lahir Dengan Kembar Berada Dalam Rahimnya

Satu daripada 500 ribu kelahiran, seorang wanita melahirkan seorang bayi perempuan di mana bayi tersebut ‘mengandungkan’ kembarnya.

Ibu bayi berkenaan, Monica Vega dimaklumkan doktor bahawa dia sebenarnya hamil anak kembar.

Namun, doktor mendapati terdapat sesuatu yang aneh apabila terdapat dua tali pusat di dalam rahim Monica tetapi gagal mengesan kembar keduanya.

Hasil pemeriksaan kejadian tyang ersebut dikenali sebagai ‘fetus in fetu’ atau janin yang berada di dalam rahim kembar.

Gambar : The Sun UK

Sebaik sahaja 24 jam dilahirkan, bayi perempuan yang dikenali sebagai Itzmara itu telah dibedah bagi mengeluarkan janin berkenaan yang boleh membesar dan merosakkan organ dalamannya.

Janin yang dikeluarkan dari rahim Itzmara bagaimanapun tidak mempunyai otak dan hati.

Bayi itu kini berada dalam keadaan baik selepas menjalani pembedahan.

Sumber : msn.com

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.