SLOTHS merupakan makhluk yang ‘misteri’ dan luar biasa hinggakan para penyelidik terkejut apabila mereka mendapati mereka mempunyai habit mengintai di tandas dan memakan najis manusia di hutan Amazon.
Para penyelidik menulis dalam kertas kerja pada tahun 2011, haiwan itu suka memakan kotoran seperti najis.
Beberapa pemerhatian tingkah laku aneh ini telah dibuat di sebuah stesen penyelidikan yang dipanggil Estación Biológica Quebrada Blanc di utara-timur Peru.
Para saintis telah bekerja di tapak berasaskan hutan hujan sejak tahun 1997 bagi membuat kajian keatas haiwan aneh itu.
Pada mulanya, para saintis berpendapat bahawa tingkah laku luar biasa itu bercanggah namun teori itu ditolak selepas 26 sloth berlainan dihidangkan dengan makanan yang sama iaitu najis manusia. Haiwan itu memberi tindakbalas dengan pergi ke lubang tandas untuk mendapatkan ‘makanan’ mereka.
Sloths sentiasa melakukan aktiviti itu pada waktu malam dan menjadi habit buat mereka. Malah, mereka juga lebih cenderung untuk melawat tandas semasa hujan dan akan keluar dari lubang yang benar-benar basah.
Sloth juga memakan tumbuhan dimana terdapat satu teori bahawa haiwan mencari nutrien tambahan seperti arnab apabila mereka makan najis mereka sendiri.
Para penyelidik berpendapat sloths mungkin tertarik kepada nutrien atau mineral yang terdapat dalam tandas.
Tabiat pemakanan seperti itu boleh membahayakan kesihatan mereka kerana mereka boleh mengambil bakteria atau parasit yang berbahaya dari tempat kotor tersebut.
Sumber: The Sun