Siakap Keli

(Video) Polis Tembak Mati Seorang Lelaki Atas London Bridge Selepas Didakwa Cederakan Orang Awam

Seorang Polis bersenjata didakwa telah menembak seorang lelaki di London Bridge dalam insiden yang menyebabkan seorang mati dan lima orang cedera.

Kejadian berlaku apabila terdapat pergelutan antara lima orang mangsa itu sebelum pegawai polis bersenjata itu masuk yang cuba untuk meleraikan pergelutan tersebut.

Peristiwa seperti itu dikatakan pernah berlaku 3 tahun yang lalu,  dimana serangan pengganas yang mengerikan di London Bridge pada Jun 2017 yang menyaksikan tiga lelaki membunuh lapan orang dan mencederakan 48 orang lain.

Seorang lelaki yang bekerja di seberang jalan dari Borough Market berkata dia telah mendengar laporan seorang lelaki dengan pisau telah ditembak oleh polis.

‘Sebuah lori melintas ke kedua-dua lorong dan polis menembaknya dari kedua-dua pihak,’ katanya.

Berlaku kekecohan dikawasan tersebut sehingga membawa kepada kesesakan lalu lintas. Namun, dapat ditenangkan dengan bantuan pihak polis.

Sumber: BBC 

Zetty Amelia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.