Siakap Keli

(VIDEO) Terperangkap Lama Sangat Dalam “Jammed”, Lelaki Ini Buat Aksi Lucu Untuk Hiburkan Hati

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular mengenai gelagat seorang lelaki yang mencuit hati netizen menerusi satu posting yang dibuat oleh seorang pengguna twitter @EhYayaLah ketika tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Seorang lelaki yang tidak dikenali turut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di sebelah keretanya telah melakukan aksi yang melucukan untuk menghiburkan hati sesama sendiri.

Menurut daripada postingnya itu, mereka tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan berlakunya masalah kesesakan lalu lintas pada pagi tersebut.

Dalam pada itu juga, bateri handphone yang hampir habis tersebut sempat digunakan untuk merakam aksi lelaki tersebut yang stress akibat lama terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Menurut lelaki berkenaan, dia telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dari jam 9 pagi sehingga jam 12 tengah hari masih tidak bergerak.

Menurutnya lagi, bateri handphone yang hampir habis ini sebenarnya disimpan untuk digunakan dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi yang ingin ditujunya.

Posting ini telah mencecah 14 ribu tweet dan 221 ribu tontonan telah mencuit hati ramai pengguna twitter yang lain.

Sumber: @EhYayaLah

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.