Siakap Keli
Kredit: The Sun

Wanita Hamil Temui Ajal, Jadi Mangsa Panah Bekas Suami Tak Boleh Terima Hakikat Sudah Bercerai

London – Seorang wanita hamil lapan bulan maut akibat kecederaan parah setelah terkena anak panah dilepaskan bekas suaminya.

Anak panah yang menembusi jantungnya hanya beberapa milimeter hampir mengenai kepala bayi yang dikandung mangsa.

Devi, 35 maut apabila anak panah sepanjang 18 inci menembusi pinggang sehingga ke jantungnya setelah diserang bekas suami Ramanodge Unmathalla, 51, yang memecah masuk ke rumah wanita itu di timur London.

Bayi yang dikandung Devi telah berjaya diselamatkan melalui pembedahan.

Suspek dikatakan telah merancang pembunuhan selama tiga tahun selepas perkahwinan mereka musnah, lapor The Sun.

Bersenjatakan dua busur panah, dia bersembunyi berhampiran rumah bekas isterinya bersama suami baru wanita itu, Imtiaz Muhammad.

Unmathallegadoo sebelum ini menyatakan bahawa dia secara tidak sengaja telah melepaskan anak panah yang mengenai bekas iterinya ketika memeriksa peralatan itu namun juri mendapati dia bersalah membunuh mangsa.

Kredit: The Sun

Menurut laporan The Sun, kedua-dua mereka berkahwin pada 1999 dalam satu perkahwinan yang dirancang ketika Devi berusia 15 tahun manakala Unmathallegadoo berusia 30 tahun.

Mereka berpisah pada 2012 dan bercerai dua tahun kemudian.

Unmathallegadoo berkata dia tidak dapat melepaskan isterinya manakala wanita itu pernah memberitahu polis bahawa suspek pernah merenungnya sambil mengasah pisau.

Berikutan itu, wanita berkenaan memfailkan perintah yang menghalang suspek berada dalam lingkungan 100 meter dari rumahnya.

Walaubagaimanapun, suspek telah membunuh mangsa ketika perintah itu masih berjalan.

Bagaikan mimpi

Menurut suami mangsa, Imtiaz, dia merasakan seolah-olah mimpi apabila melihat bekas suami kepada isterinya muncul dengan dua busur anak panah.

Dia kemudiannya memberi amaran kepada Devi supaya melarikan diri ketika dikejar oleh suspek.

“Apabila dia dipanah, dia menjerit. Saya berfikir, ‘apa yang berlaku?'”, katanya kepada juri sambil menangis.

Devi bersama Imtiaz.

Serangan suspek berjaya dipatahkan anak kandung sulungnya bersama Devi yang menyaksikan kejadian berkenaan.

“Ia akan lebih mudah jika kalian tak ada di sini, saya pasti akan melakukannya,” kata Unmathallegadoo kepada anaknya sendiri.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.