Siakap Keli

Bapa Khabib Mahu Ubah Bekas Gudang Arak Jadi Akademi Latihan MMA

Sejak menumpaskan Connor McGregor, Khabib Nurmagomedov menjadi bintang seni bela diri campuran (MMA) yang sentiasa menjadi perhatian ramai.

Umum mengetahui bahawa Khabib sememangnya sangat komited dalam kerjayanya disebabkan oleh dorongan dari ayahnya. Abdulmanap menjadi sosok penting yang membentuk peribadi Khabib dalam perlawanan MMA.

Namun, peranannya bukan sahaja berhenti setakat itu, beliau juga telah melahirkan ramai atlet MMA yang beraksi di pelbagai organisasi seperti UFC, Bellator dan Professional Fighters League (PFL) sehingga digelar sebagai ‘Bapa MMA Dagestan’. Beliau juga menjadi jurulatih dan mentor kepada bintang MMA di Dagestan iaitu peserta UFC, Islam Makhachev.

Terbaru, Khabib dan Abdulmanap  dalam proses untuk membuka sebuah akademi MMA di sebuah gudang yang pernah menjadi stor penyimpanan arak di  Dagestani, Makhachkala.

Gudang itu sedang diubahsuai dan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang untuk latihan, sauna, pejabat, bilik belajar serta asrama bagi pelatih.

Abdulmanap juga berharap bahawa fasiliti baharu Makhachkala tersebut akan meletakkan satu standard bagi fasiliti latihan MMA di seluruh Rusia.

Perlawanan terakhir anaknya, Khabib, ialah pada September lalu yang memperlihatkan beliau berjaya mempertahankan gelaran UFC lightweight daripada pesaingnya, Dustin Poirier.

Sumber: BJPenn.com, Sinar Harian

Sofea

There's always another side to every story

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)