Siakap Keli

“Baybee Malam Ni On Tak”, Isteri Hidap Kanser, Suami Kantoi Didakwa ‘Check-In’ Dengan Adik Ipar

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai keretakan rumah tangga sering diperkatakan terutamanya yang melibatkan pasangan curang. Perkara ini sangat membimbangkan kerana boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga terutamanya bagi yang sudah mempunyai anak.

Menerusi perkongsian di Facebook Kisah Rumah Tangga Fans, terdapat satu luahan daripada seorang isteri yang menghidap kanser payudara tahap empat. Sangat menyedihkan, suaminya didakwa telah berlaku curang bersama adik kandungnya sendiri dan pernah merancang untuk check in hotel.

Hidap kanser payudara tahap 4

Hide profile sya admin..

Saya isteri umur 44 thn .. ade 3 org anak …bln 8 thn lpas sye diisythiarkan ade kanser payudara tahap 4 .. hidup saya sejak tu masuk kluar hospital je la.. payudara sblh kanan dah kena buang.. chemo dah 16 kitaran .. baru keluar hospital je ni .. skarang kanser dah merebak smpai paru paru.. dr bg balik dgn oxygen dan ubat thn sakit..

Sya tahu masa sya dah xlame.. spanjang duduk dlm wad .. sya dh nampak dah biasanya kanser tahap sya ni plg kuat bleh tahan smpai raya ni je.. sya dan kluarga pun dah sign perjanjian utk tidak selamatkan saya ( tak buat cpr atau masuk tiub dlm mulut sya) jika keadaan sya smakin tenat dgn dr hospital.

Suami selalui hilang pada waktu malam

Sejak sya kluar dr hospital, sya perasan yg husband slalu hilang waktu mlm.. sya xtahu brp lama dah jd mcmni mungkin sejak dr sya duduk di hospital lg sbb waktu tu yg jaga saya di wad anak perempuan kami .. lpas 2 minggu kt rumah dan perhati perangai dia .. saya cakap kt dia .. kalau dia nak kawen lain saya bagi dan benarkan .. cuma jgn kawen waktu saya hidup saja … dan saya nak tahu juga perempuan mana yg dia kacau tu… dia x marah dan x nafikan apa apa.. mungkin dia nampak keadaan saya dah uzur kot, mungkin dia kesian utk bergaduh dgn saya…

Curi, baca mesej suami, rupanya adik kandung sendiri

2 hari lps saya dpt curi kejap phone dia waktu dia masuk tandas.. betapa hancurnya hati saya jmpa msg ni.. saya cuba kol nombor tu tp x berangkat.. saya gna simcard anak saya kol baru la berjawab..

Terkejut saya bla sya dengar suara yg mnjawab tu suara adik perempuan saya sndiri.. yg boleh komfemkan lg yg dia adik saya bila saya dgr background suara mak saya berleter kt blkg.. saya trus letak phone tu.. saya terkedu xleh ckp apa2..adik saya janda muda baru umur 28 .. model tudung lg .. mstila org berkenan .. tp knapa yg berkenan tu msti suami saya???

 

Takut maruah keluar tercalar

Kalau saya serang suami dgn adik… maruah keluarga sya hancur, maruah suami saya dpan anak anak pun habis hancur… saya mungkin dah xlama atas dunia ni.. kalau saya diam .. smua org selamat .. anak saya xkan tahu perangai ayah mereka macamana ..saya rasa mcm nak minta kat Tuhan matikan saya sekarang !! Saya xmahu susah siapa siapa..Saya dah sedia untuk pergi..

Saya nak tanya klau tuan puan duduk di tmpt sya .. tuan puan buat macamana?

Sumber: Kisah Rumah Tangga Fans

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)