Siakap Keli

(Video) Dari Depan Bangun Ambil Beg Dan Turun, Netizen Kagum Cara Penumpang Kanada Turun ‘Flight’

Setelah menempuh beberapa jam penerbangan di udara, penumpang kapal terbang kebiasaannya sudah pasti ingin turun secepat mungkin daripada pesawat tersebut. Namun, disebabkan laluan di antara tempat duduk penumpang begitu kecil dan hanya memuatkan seorang sahaja, ianya akan menyukarkan proses pergerakan turun. Tambahan lagi, sikap penumpang yang tidak sabar juga boleh merumitkan keadaan.

Namun, lain pula yang terjadi melalui satu rakaman yang memaparkan penumpang turun dengan keadaan teratur. Tindakan yang mendapat kerjasama semua penumpang itu telah melancarkan proses menuruni kapal terbang.

Melalui perkongsian di Twitter The Human Experience, momen itu dipercayai berlaku melibatkan penumpang daripada Kanada ketika hendak menuruni sebuah pesawat. Dengan keadaan teratur, penumpang dihadapan mula keluar dahulu sebelum diikuti oleh penumpang lain.

Di akhir video berkenaan, ruangan penumpang di dalam pesawat itu telah berjaya dikosongkan dengan keadaan yang sangat teratur. Sikap yang ditonjolkan ini bukan sahaja dapat memudahkan orang lain, namun turut menjimatkan masa.

Rakaman tersebut telah mendapat reaksi positif dalam kalangan warga Twitter di Malaysia. Rata-ratanya mengaitkan sikap penumpang Malaysia yang kebanyakannya tidak sabar untuk menuruni pesawat sebaik tiba di landasan.

“Kalau kat Malaysia, tahu-tahu penumpang belakang dah ada kat depan”

“Kelam kabut yang belakang nak turun dulu, last-last tunggu luggage sama-sama jugak”

“Bab ni memang orang kita fail lah. Susah nak educate bab nih”

“Lagi best kita yang duduk seat depan tapi penumpang belakang dah ada sebelah kita”

Sumber: The Human Experience

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)