Siakap Keli

(Video)”Alahai Melting Tengok Awak Sayang”, Rakaman Ainul Main Acah-Acah Buat Netizen Teruja

Sebut sahaja mengenai Ainul Mardhiah, sudah pastinya kebanyakan rakyat Malaysia mengenali dan mengetahui perjalanan kanak-kanak comel ini. Ainul yang telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya sehingga kini dilaporkan berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Terbaru, Ahmad Saifuddin, bapa kepada ‘bidadari syurga’ ini telah berkongsikan satu rakaman di laman Facebook miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Ainul dilihat gembira bermain ‘acah-acah’.

Jika dilihat, reaksi yang ditunjuk oleh Ainul sangat memenangi hati rakyat Malaysia. Ketika satu kain diletakkan di atas kepalanya, Ainul dengan pantas menarik kain tersebut dan memberikan reaksi gembira. Walaupun diulang beberapa kali, Ainul dilihat tetap memberikan reaksi positif.

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah mendapat reaksi positif dalam kalangan netizen. Malah, ada yang gembira dan bersenang hati melihat kanak-kanak perempuan itu.

“Makin bijak, makin cerdik anak Ummi ni, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik”

“Dah pandai main Ainul ya, comel je dia”

“Alahaii melting tengok awak sayang, comel sangat..Semoga membesar dengan sihat”

Sumber: Ahmad Safiuddin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)