Siakap Keli

Wanita Cari Pemilik Duit ‘RM10 Terakhir Pemberian Ayah’, Minta Netizen Share Sampai Jumpa

Pemberian sesuatu daripada seseorang adakalanya mempunyai makna yang tersendiri. Ditambah pula jika pemberian itu daripada insan kesayangan yang sudah tiada lagi di dunia ini, pastinya mempunyai ‘sentimental value’ yang akan disimpan dan dikenang sehingga ke akhir hayat.

Tidak kiralah walau jumlahnya kecil sekalipun, memori terakhir yang ditinggalkan bersama menjadi sesuatu yang berharga dan tidak ternilai kepada pemilik.

Seperti perkongsian oleh seorang wanita di facebook yang mencari pemilik asal kepada sekeping wang kertas RM10. Ia bukan hanya wang kertas biasa, tetapi disertakan coretan sayu seorang anak di atas wang kertas tersebut.

Menerusi gambar yang dimuat naik, jelas tertera tulisan menggunakan pen yang menyatakan bahawa wang kertas itu adalah pemberian terakhir ayahnya.

Mencari pemilik tulisan atas duit ni.. Nak bagi free je kepada pemiliknya!! Tolong saya share hingga jumpa ya!! Terima kasih adik kakak abang yang sudi bantu.

”The last cash given by dad”

Sebak bila terbaca ayat ni dan terasa macam owner sedang tercari-cari.. Andai kamu punya, boleh dapatkannya daripada saya… Do PM me.

Posting tersebut menjadi tular di facebook dengan mendapat 20K perkongsian dalam tempoh tidak sampai sehari dimuat naik.

Rata-rata meluahkan rasa hiba mereka dan mendoakan supaya pemilik wang kertas itu dapat ditemui semula.

Mesti banyak kenangan tapi ‘owner’ terdesak nak guna..

Nampak kesan lipatan pada duit, mesti sudah tersimpan lama..

Walaupun hanya sekeping duit tapi ada memori kasih sayang yang ternilai antara ayah dan anak..

Sumber : Hyza Ezany

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)