Siakap Keli

Banjir Besar: Rakyat Kelantan Diseru Untuk Solat Hajat Dan Berdoa – MB Kelantan

Musim bah yang telah melanda negeri-negeri pantai timur kini terutama di negeri Kelantan masih dalam keadaan terkawal.

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob telah menyeru kepada semua rakyat di negeri tersebut untuk melakukan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT agar banjir besar tidak melanda memburuk seperti yang pernah berlaku pada tahun 2014.

Beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat terutamanya mangsa banjir untuk lebih peka dan tidak mengambil mudah setiap arahan pihak berkuasa.

Arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa harus dilakukan dengan segera dan seeloknya dilaksanakan sebelum waktu Magrib bagi mengelakkan sebarang kesulitan dalam proses pemindahan.

Tambahnya lagi, laporan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteologi  hari ini menunjukkan hampir seluruh negeri mengalami hujan peringkat bahaya (merah) sehingga esok.

Sebanyak 32 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka yang melibatkan hampir 1440 mangsa daripada 380 keluarga seluruh negeri Kelantan.

Malah menurut beliau juga Seluruh Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap jajahan dan Pengkalan Hadapan sudah berada keadaan siap sedia dengan kerjasama bersepadu pasukan keselamatan termasuk sukarelawan di kawasan berisiko tinggi.

Oleh itu, beliau berpesan kepada seluruh rakyat Kelantan untuk sentiasa berwaspada dan bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku sepanjang bencana banjir ini.

Sumber: Awani

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.