Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Ini Jawapan JAKIM Tentang Isu Status Halal Tealive, Chatime Dan Coolblog

Sudah menjadi kebiasaan orang ramai akan mencuba makanan terbaru tambahan pula jika ia diviralkan. Seperti  air minuman boba yang ternyata mendapat tmepat di hati masyarakat. Setiap hari boleh dikatakan ada sahaja individu yang akan memuat naik di laman media sosial.

Namun, sejauh mana kebenaran tentang minuman boba ini? Seperti yang semua tahu, sudah banyak kedai yang menjual air boba ini tapi masih tidak mempunyai sijil halal. Perkara ini patut diakui oleh semua masyarakat dan tidak perlu dipersoalkan.

Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, pihak SK hari ini menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Halal JAKIM untuk pencerahan tentang isu ini.

Perkara ini diakui oleh pihak Bahagian Pengurusan Halal di mana kebanyakan kedai boba tidak memiliki logo halal selain daripada tiga jenama besar iaitu Tealive, Coolblog dan Chatime.

Jelasnya lagi, sehingga kini pihak kedai minuman boba daripada jenama lain tidak memohon sijil halal tersebut.

Untuk pengetahuan anda, masyarakat boleh melakukan pencarian melalui Portal Rasmi Halal Malaysia, klik disini.

Cara-caranya;

  1. Klik link ini atau carian Portal Rasmi Halal Malaysia.

2. Klik pada Verify Halal Status dan masukkan jenama yang anda ingin tahu.

Sekiranya, kelaur jenama yang anda ingin cari seperti ini. Maka ianya adalah hala dan mempunyai logo halal daripada pihak JAKIM.

Jadi, korang dah tak perlu berpening kepala untuk tahu kesahihan jenama yang korang rasa tidak pasti status halal tersebut.

 

Sumber: Pengurusan Halal Jakim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)