Siakap Keli
Kredit Foto: shinchew, redchili21, china press

Kapal Kargo Karam, Sekurang-Kurang 879 Tan Barang ”Sale” 11.11 Dipercayai Lesap?

Sebuah kapal kargo yang membawa muatan barangan ketika sales 11.11 seberat 879 tan dipercayai karam setelah terbabit dalam perlanggaran di perairan Minjiang.

Semua barangan yang diangkut di atas kapa berkenaan dipercayai hilang ataupun diisytiharkan rosak akaibat kapal berkenaan karam, manakala penghantaran produk-produk berkenaan kepada pelanggan-pelanggannya dijangka tidak dapat dilakukan.

Menurut laporan Mothership Singapore yang memetik ET Today, dua orang kru kapal disahkan terkorban manakala 7 lagi kru kapal berjaya diselamatkan.

Kejadian berkenaan yang tular dilaman sosial menyebabkan lebih 100 individu telah membuat aduan kepada TaoBao supaya memulangkan duit mereka jika barang yang dibeli tiada.

Pihak Taobao dikatakan memberi jaminan bahawa pampasan akan diberikan kepada pelanggannya yang terjejas dan proses bayaran pampasan akan dibuat melalui pembayaran AliPay.

Bagi memudahkan proses pampasan kepada pembeli, perkhidmatan pelanggan dari pihak mereka akan menghubungi terus para pembeli.

Insiden ini pertama kali berlaku ke atas syarikat pengurusan TaoBao.

Sumber: Mothership Singapore, Sinarharian

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.