Siakap Keli
Kredit: Twitter

(Video) “Macam Tak Ada Apa Jadi”, Budak Ikat Kasut Tengah Jalan ‘Dibelah’ Kereta Keluar Parkir

Seorang budak lelaki digilis sebuah kenderaan membuatkan orang ramai tergamam melihat reaksinya apabila mampu bangun semula dan sambung bermain bersama kawan-kawannya bagai tiada apa yang berlaku.

Dalam video berdurasi 36 saat yang dikongsi oleh pemilik akaun Vincent Candra, kanak-kanak itu dilihat bermain bola bersama sekumpulan rakan sebaya sebelum bola mereka tergolek berhampiran sebuah kereta.

Dia bersama seorang lagi kanak-kanak berlari mendapatkan bola berkenaan sebelum mangsa duduk membetulkan kasut yang dipakainya berhampiran kereta tersebut.

Tidak lama selepas itu, pemandu kereta yang dipercayai tidak menyedari kewujudan kanak-kanak itu terus keluar dari ruang parkir dan menggilis mangsa sebelum terus berlalu.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak itu mampu bangun berdiri seperti biasa dan terus menuju ke arah kumpulan rakannya serta terus bermain bagaikan tiada apa yang berlaku kepadanya.

Hal ini menimbulkan kehairanan dalam kalangan warga maya yang keliru melihat insiden tersebut.

Semua dalam video santai saja, aku yang menonton yang panik

Jantung aku berdebar, dia dengan selambanya lari cari bola

Mungkin dia malu diketawakan kawan-kawannya

Yang pandu kereta tak kisah, kawan-kawannya tak kisah, jangan-jangan anak ini cuma dapat dilihat di kamera

Sementara itu, seorang pengguna lain menafikan bahawa kanak-kanak itu cuma terlihat di kamera kerana kelihatan seorang rakan merebut bola daripadanya pada awal video berkenaan.

“Tapi sempat berfikir, ini anak manusia atau bukan,” kata David.

Jom tonton video berkenaan di bawah.

Berdasarkan carian, kejadian ini didakwa berlaku di Mumbai pada tahun lalu melibatkan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pemandu wanita berkenaan ditahan atas tuduhan cuai ketika memandu dan telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Sumber: Vincent Candra, The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.