Siakap Keli
Foto: Facebook

“Mustahil Luluskan Jika Ada Elemen Lucah,” MOTAC Jawab Isu Ekspo Tatoo Dan Model Separuh Bogel

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Ekspo Tatoo 2019 berlangsung di Kuala Lumpur.

Tular foto-foto yang tidak ‘enak’ di media sosial semalam menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati dengan anjuran tersebut. Apa yang mengejutkan adalah sesetengah individu tidak malu untuk pamerkan badan sehingga menampakan perkara yang tidak sepatutnya.

Terkini, Datuk Mohamaddin Ketapi menjelaskan kementerian tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk acara peragaan separuh bogel tersebut. Ekspo tersebut seakan-akan tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan itu.

Mustahil untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyatnya beragama Islam.

Tambahnya lagi, kementerian sudah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bereau (MyCeb) menjalankan siasatan.

Expo Tatto Malaysia 2019 telah berlansung pada 29 November sehingga 1 Disember yang mengumpulkan peserta daripada 35 negara yang terlibat.

 

Sumber: Sinar harianĀ 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang