Siakap Keli

“Satu-Satunya Peninggalan Bapa Saya,” Pemilik ‘RM10 Terakhir Pemberian Ayah’ Akhirnya Ditemui

Sebelum ini tular dimana seorang pengguna Facebook telah memmuat naik satu kiriman mencari pemilik wang kertas RM10 bernota dijumpai di sebuah bank di Batu Berendam.

Disebabakn oleh kuasa tular, muncul seorang individu yanng tampil mendedahkan bahawa dialah pemilik wang tersebut.

“Duit terakhir yang diberi oleh bapa pada 21/05/2010, pada hari Jumaat jam 7.10 pagi. Saya sayang bapa. “

Anne Malar Yesudass telah memuat naik status di Facebooknya memberitahu, selama ini dia mencari duit itu setelah dompetnya dicuri pada 1 September 2018 di sebuah kem di Melaka.

“Saya sudah jumpa individu yang menjumpai duit saya, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sudi kongsi tentang penemuan duit ini.

“Ia cukup bermakna dalam hidup saya. Bapa memberi duit ini kepada saya pada 21 Mei 2010, ketika itu saya berusia 17 tahun.

Bapa memberi duit tersebut kerika hendak pergi ke sekolah pada jam 7.10 pagi dan itu adalah kali terakhir saya melihat bapa sebelum beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Tambahnya lagi, dia menyimpan duit sebagai kenangan kerana terlalu merindui bapanya.

” Saya berasa sedih kerana itu satu-satunya peninggalan bapa saya. Saya tidak kisah jika hendak mencuri dompet saya tapi jangan lah ambil duit itu. ”

” Terima kasih bagi warganet yang berkongi status Hyza Ezany. Terima kasih sekali lagi. Saya sayang appa. ”

Sumber : Sinar Harian

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)