Siakap Keli
Foto: Meen Photographer

Tak Jadi Masalah, Pasangan Pengantin Buat ‘Wedding Photoshoot’ Tengah Banjir

Musim banjir telah melanda negeri pantai timur Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan negeri Kelantan dan Terengganu. Apa jua aktiviti perlu dihentikan buat sementara waktu memandangkan paras air ketika ini sedang meningkat naik.

Namun, beberapa foto tular di media sosial tentang pasangan pengantin mengambil gambar walaupun tempat mereka sedang dinaiki air. Ya, bila dah jadi ‘Raja Sehari’, mestilah korang inginkan gambar-gambar yang nenarik supaya boleh dijadikan kenangan untuk tatapan di hari tua.

Menerusi perkongsian daripada seorang jurufoto dari sempadan Thailand, dia teruja dengan pengalaman baru untuk mengambil gambar pasangan pengantin tatkala banjir.

Tambahnya, kediaman pengantin perempuan berdekatan dengan sempadan Malaysia Thailand jadi sedikit sebanyak terkesan dengan fenomena banjir yang sedang berlaku ini.

Sebelum majlis, malam itu hujan turun dengan lebat tanpa henti menyebabkan paras air sungai naik. Bagaimanapun, pasangan pengantin ini memutuskan untuk majlis tersebut dijalankan seperti biasa. Waluupn hanya saudara mara sahaja hadir pada majlis tersebut.

Tugas saya untuk pastikan gambar yang diambil dapat puaskan hati pasangan ini. Ini adalah satu kelainan dan pengalaman baru. 

Ini adalah koleksi foto-foto momen pasangan pengantin tatkala banjir.

Anda boleh lihat, walaupun dalam keadaan banjir gambar pasangan ini tetap ceria dan romantis.

 

Sumber: Meen Photographer

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)