Siakap Keli

Tanda Lahir Macam Topeng ‘Batman’, Ibu bawa Sampai Rusia Nak Buang ‘Hitam’ Di Muka Anak

Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat yang dikatakan menyerupai topeng Batman.

Ibu bayi tersebut telah membawanya ke Russia bagi mendapatkan rawatan membuang tisu kulit berwarna hitam pada mukanya.

Bayi itu dilahirkan di Florida dan dikatakan telah mengalami masalah kulit yang dikenali sebagai ‘congenital melanocytic nevus’ sejak lahir lagi.

Sebelum ini ibu bayi tersebut telah membawa bayinya itu berjumpa doktor di Amerika Syarikat untuk mendapatkan rawatan. Namun dikatakan proses menghilangkan tanda lahir menggunakan laser memberi risiko tinggi kepada anaknya.

Bagaimanapun, Seorang doktor di Rusia telah menawarkan rawatan dengan kaedah yang sama iaitu menggunakan kaedah laser terhadap bayi itu.

Menurut ibu bayi tersebut, proses itu tidak meninggalkan kesan parut kepada anaknya itu kerana tiada sebarang jahitan dan hasil rawatan itu sangat berkesan.

Tambahnya lagi mereka akan pulang ke Florida untuk menyambut Krismas sebelum kembali ke Russia untuk dapatkan rawatan yang seterusnya.

Sumber: Daily Mail

 

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)