Siakap Keli
Gambar: Bernama

Taufan Kammuri: AirAsia Batal, Jadual Semula Penerbangan Ke, Dari Filipina

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — AirAsia telah membatalkan dan menjadualkan beberapa penerbangan ke dan dari Filipina bermula hari ini sehingga Rabu termasuk laluan Kuala Lumpur-Manila, susulan Taufan Kammuri.

AirAsia dalam satu kenyataan hari ini berkata pelanggan yang melakukan perjalanan dalam beberapa hari akan datang  digalakkan memeriksa status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk mendapatkan maklumat terkini.

Syarikat penerbangan itu berkata semua pelanggan yang terjejas telah dimaklumkan melalui e-mel dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

AirAsia berkata pelanggan yang penerbangannya dibatalkan atau ditangguhkan melebihi tiga jam boleh menukar masa perjalanan yang baharu, mengekalkan nilai tambang mereka dalam akaun kredit AirAsia BIG Loyalty untuk perjalanan masa depan dengan AirAsia atau menrima bayaran balik sepenuhnya.

“Menukarkan penerbangan mereka ke satu tempoh perjalanan baharu di laluan yang sama dalam masa 30 hari daripada tarikh penerbangan asal tanpa tambahan kos dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk atau mengekalkan nilai tambang dalam akaun kredit bagi perjalanan akan datang dengan AirAsia; atau dapatkan bayaran balik dalam jumlah yang sama dengan nilai tempahan,”  kata syarikat penerbangan itu.

Credit Account dalam talian boleh ditebus dalam masa 90 hari daripada tarikh dikeluarkan.

Pelanggan juga boleh membuat perubahan tempahan secara dalam talian di airasia.com dengan menekan pada ikon AVA di bahagian bawah sebelah kanan skrin.

Syarikat penerbangan itu berkata pihaknya akan terus memantau keadaan dan sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan.

Selain itu, penumpang juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan dengan menghubungi pasukan sokongan pelanggan di Twitter (@AirAsiaSupport) atau di support.airasia.com.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.