Siakap Keli
Kredit Foto: facebook Ben Mr Red

Gambar Abang Offshore Selamatkan Anjing Di Laut, Siap Bagi Minum Air Jadi Viral, Terima Pujian Netizen

Tidak semua manusia yang bersikap kejam terhadap binatang. Ada sahaja manusia yang sanggup bersusah payah membantu binatang yang dalam kesusahan. Malahan, ada orang yang sanggup menghabiskan wang ringgit yang banyak kerana seekor binatang peliharaannya.

Begitu juga kisah yang berlaku keatas seekor anjing malang yang tidak diketahui dari mana ianya datang di tengah-tengah sebuah lautan.

Seekor anjing telah berjaya diselamatkan oleh sekumpulan pekerja offshore di tengah-tengah laut ketika sedang menjalankan tugas.

Kredit Foto: facebook Ben Mr Red

Anjing tersebut didapati telah hanyut ke tengah-tengah laut dan dijumpai oleh sekumpulan pekerja offshore yang sedang bertugas pada ketika itu.

Oleh kerana sikap prihatin dan simpati terhadap binatang menebal dalam diri mereka, kumpulan tersebut telah berusaha menyelamatkan anjing itu daripada mati kelemasan di dalam lautan tersebut.

Anjing tersebut kelihatan kepenatan dan tidak bermaya setelah ianya berjaya diselamatkan oleh kumpulan pekerja offshore tersebut.

Bukan setakat menyelamatkan haiwan berkenaan, malahan pekerja offshore tersebut juga memberikan makan dan minum kepada anjing berkenaan.

Anjin tersebut diberi minum setelah diselamatkan oleh pekerja offshore (Kredit Foto: facebook Ben Mr Red)

Anjing itu dijaga dengan baik oleh kumpulan pekerja tersebut. Pekerja itu juga dilihat memberikan layanan yang baik terhadap anjing tersebut.

Hal ini telah mengundang tanda tanya daripada netizen yang ingin tahu dari mana datangnya anjing tersebut sehingga hanyut ke tengah-tengah lautan.

Namun, terdapat segelintir netizen yang menyatakan anjing tersebut mungkin anjing yang dibawa oleh nelayan dari vietnam yang menjadikan anjing sebagai bekalan makanan untuk mereka ketika berada di tengah lautan.

Ramai juga memuji tindakan pekerja offshore tersebut yang membantu menyelamatkan anjing itu daripada mati lemas.

” Thanks you abang-abang offshore…God bless u all”

“Macam mana pula sampai hanyut tengah laut”

“Anjing dari bot Vietnam kot, biasa orang Vietnam bawak untuk jadi bekalan makanan time atas bot..maybe terlepas”

Sumber: Ben Mr Red

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.