Siakap Keli
Kredit: Balqis Saidi

“Harini Awak Buat Kejutan Tanpa Senyuman Dan Suara Awak”, Wanita Mohon Doa Suami Sedar Dari Koma

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Baru semalam awak buat kejutan di tempat kerja. Bawak kek unicorn. Harini awak buat kejutan lagi kat saya. Tapi kejutan harini tanpa senyuman dan suara awak,” ujar Balqis Saidi meluahkan hiba di hati mengenangkan suaminya yang sedang koma akibat kemalangan pada Sabtu lalu.

Alif Iskandar, 22 dilaporkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri didakwa terlanggar belakang sebuah kenderaan rosak yang berhenti di lorong kecemasan.

“Sayangku Alif, tolong la sedar, tolong la bangun, tolong la kuat untuk saya, untuk semua. Tolong la.. Saya dah tak mampu tengok keadaan awak yang sekarang. Sumpah tak mampu.

“Saya rindu suara awak, saya rindu gelak tawa awak, saya rindu usikan awak, saya rindu ciuman awak. Saya rindu semua tentang awak sekarang.

“Ya Allah, berilah keajaiban buat suamiku, ya Allah,” tulis Balqis di laman Facebook miliknya.

Biy, sayang peluk beg yang biy selalu bawa pergi mana-mana ja ni buat lepas rindu. Sayang rindu pelukan biy. Biy tolong la kuat, tolong la bangun. Sayang tak berhenti doa kat biy ni. Sayang dah tak sanggup tengok keadaan biy yang sekarang.

“Doa sayang tak putus untuk biy dari awal sayang dapat berita pasal biy sampai sekarang. Satu ja sayang minta, tolong bangun, tu ja.” luah Balqis.

Balqis turut mengharapkan agar orang ramai mendoakan agar Alif selamat dan kembali sedar seperti sediakala.

Sumber: Balqis Saidi

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.