Siakap Keli

Hati-Hati Buat ‘Peace Sign’ Ketika Bergambar, Cap Jari Tangan Boleh ‘Diklon’ – PDRM

Orang sekarang ramai yang suka memuat naik foto-foto menarik di dalam media sosial hanya untuk berkongsi dengan ramai. Tapi ramai di antara kita masih belum tahu kesan ‘Peace Sign’ sebenarnya dalam keadaan bahaya.

Kenapa bahaya?

Simbol saja, bukan apa-apa pun. Itulah ayat yang sering menjadi alasan kepada orang ramai yang tidak tahu bahaya simbol ini.

Satu kiriman daripada pihak Polis Diraja Malaysia melalui perkongsiannya di laman Facebook mengenai simbol ini. Selepas baca dibawah, mungkin anda akan berfikir dua kali untuk letak foto ‘peace’ anda dalam media sosial.

HATI-HATI BUAT ‘PEACE SIGN’ KETIKA BERGAMBAR

Anda suka membuat ‘peace sign’ ketika bergambar? Fikir semula selepas ini kerana aksi tersebut boleh menyebabkan maklumat peribadi anda dicuri oleh penggodam!

Pakar penyelidik keselamatan dari National Institute of Informatics (NII) di Jepun mendedahkan, cap jari tangan seseorang boleh dicipta semula melalui gambar yang diambil dari jarak tiga meter jauhnya.

Tambah mereka, penggodam tidak memerlukan teknologi yang hebat untuk mendapatkan cap jari selagi gambar yang diambil itu terang dan jelas.

Apabila ia berjaya diperoleh, penggodam boleh mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) melalui telefon pintar ataupun tablet dengan mudah.

Kesimpulannya, biarpun sistem biometrik yang menggunakan pengesanan cap jari, mata dan wajah dilihat sebagai satu sistem keselamatan hebat, pengguna tetap perlu sentiasa berhati-hati.

Ini kerana, kehebatan penggodam era kini dalam bidang teknologi, sentiasa melihat peluang yang dicipta oleh pengguna (tanpa mereka sedari) untuk mencuri segala maklumat demi kepentingan mereka.

 

Sumber: Polis Diraja Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.