Siakap Keli

Kaki & Tangan Digari Kemas, Tular Lelaki Dipercyai Etnik Uighar Didakwa Jadi Mangsa Penyeksaan

Tular satu video pendek di laman twitter mengenai seorang lelaki diseksa dengan cara yang agak tragis dan menimbulkan amarah masyarakat.

Video yang berdurasi 45 saat itu cukup untuk mengundang pelbagai reaksi masyarakat mengenai penyeksaan yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan.

Menurut posting yang dimuat naik oleh @SurYosodipuro_, mendakwa video memaparkan apa yang dilalui oleh etnik Uighar di China.

Video ini didakwa dilakukan di Kamp Konsentrasi Dunia Bungkam.

Menurut video tersebut, lelaki yang lengkap berpakaian serba biru itu telah diseksa dengan kaki dan tangannya gari.

Malah, bahagian mukanya dilihat ditutupi dengan sesuatu yang bewarna hitam.

Lelaki berkenaan kelihatan dipusing-pusing seperti dipanggang dengan kaki dan tangannya digari kemas serta mukanya tertutup rapat.

Walau bagaimanapun, video ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Sumber: @SurYosodipuro_

Siti Natrah Jusof