Siakap Keli

Pulangkan Duit Tercicir, Apa Yang Dibeli “Homeless” Ini Selepas Terima ‘Hadiah’ Sungguh Tak Disangka

Seorang Youtubers terkenal iaitu Waqas Shah cuba menjatuhkan dompetnya di hadapan gelandangan yang tiada tempat tinggal. Paling mengejutkan gelandangan tersebut melakukan sesuatu yang tidak dijangka olehnya.

Menerusi video tersebut, selang beberapa minit kemudian, gelandangan tersebut hampiri Waqas Shah dan pulangkan dompetnya. Hasil daripada kejujuran gelandangan itu, Waqas menghulurkan sedikit wang untuk kegunaan lelaki terbabit.

“Are you homeless, You gave the money back? ” kata Waqas kepada lelaki tersebut. 

Yes, giving back is what you do. I do not steal.” balas gelandangan itu. 

Dengan kata-kata itu, Waqas tersentuh dan memberi hadiah berupa wang saku untuk lelaki itu berbelanja.

Ada kejutan untuk korang…

Bila diperhatikan dalam video tersebut, lelaki terbabit pergi dan membeli makanan untuk diberikan kepada gelandangan yang lain.

 

Ikuti video ini dengan tontonan melebihi 6 juta tontonan dari seluruh dunia untuk anda rasa lebih prihatin untuk golongan seperti ini.

Ubahlah pemikiran anda tentang gelandangan, mereka bukanlah peminta sedekah tapi hanya tidak punya wang untuk meneruskan kehidupan seperti orang biasa.

Sumber: Ana Casralina

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)