Siakap Keli

Rantau Panjang Dah Jadi Macam ‘Taman Tema Air’

Kawasan di sepanjang simpang empat lampu isyarat di Kampung Banggol Kulim ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang bertukar menjadi ‘taman tema air’ terbuka sejurus selepas kawasan itu ditenggelami banjir sejak semalam.
Ramai penduduk sekita situ yang tidak emlepaskan peluang untuk bermain air. Keadaan di situ seolah-oleh sudah menjadi satu pesta.

Tambahan lagi, terdapat juga gerai-gerai yang menjual minuman dan makanan berhampiran kawasan tersebut.

Namun, aktiviti perlu diubah kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa.

Hal tersebut diakui oleh Pengerusi Pertubuhan Infra Rantau Panjang, Nasran Nasuha yang mahu orang ramai tidak menjadikan banjir sebagai pesta.

“Stigma banjir pesta bermain air perlu diubah kerana ia melibatkan soal keselamatan nyawa.

“Jangan kerana mahu bergembira kita abaikan soal keselamatan sebaliknya patuhilah arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
“Jika masih ingin bermain banjir, pastikan kawasan tersebut cetek dan dipantau oleh orang dewasa,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)