Siakap Keli
Kredit: Google

Tiada Rekod Tarikh Keluar Lebih 95 Peratus Pelancong China, India Dari Malaysia -Laporan Ketua Audit Negara

Laporan Ketua audit 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih daripada 95 peratus pelancong warga China dan India dari Malaysia.

Laporan mengenai aktiviti kementerian, jabatan kerajaan dan badan persekutuan itu menyatakan, dari 79,799 warganegara tersebut yang melancong ke Malaysia, seramai 76,258 (95.6 peratus) tidak mempunyai rekod tarikh keluar antara 2016 sehingga tahun lalu (2018).

“Bagi warga India pula, kemasukan yang dicatatkan ialah 41,243 antara 2017 dan 2018 tetapi 39,806 atau 96.5 peratus tidak mempunyai catatan tarikh keluar.

“Pengauditan itu juga mendapati data kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual di bawah MyIMM,” tulis laporan berkenaan.

Sementara itu, pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan MyIMMs ketika prosedur di pintu masuk pelancong turut dilaporkan mempunyai kelemahan dalaman yang serius.

“Pihak audit berpendapat pengurusan Jabatan Imigresen dan kawalan dalam di pintu masuk kurang cekap kerana pengesahan data kemasukan pelancong secara manual dan offline tidak dikemaskini.

“Keadaan itu mengakibatkan data apungan sebanyak 1.56 juta dalam tempoh 2016 sehingga 2018,” nyata laporan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.