Siakap Keli

Tumpat Daerah Terbaru Dilanda Banjir

Banjir di Kelantan telah meningkat lebih dari 8000 mangsa, terkini Tumpat merupakan daerah terbaru dilanda banjir.

Menerusi akaun instagram @jkr_tumpat,terdapar beberapa jalan yang sudah ditutup dan diletakkan warning sign sebagai makluman awal kepada pengguna jalan raya.

Jalan yang sudah dinaiki air di daerah itu ialah Jalan Cabang 4 Tok Mek Ngah ke sempadan Pasir Mas.

Lokasi banjir adalah Kampung Jambu. Panjang kawasan yang terlibat sebanyak 2000 meter dengan kedalaman paras air sebanyak 0.80 meter.

Jalan alternatif yang disarankan buat masa sekarang ialah Jalan Kubang Batang hingga Jalan Delima.

Sumber : jkr_tumpat

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)