Siakap Keli
Kredit Foto: facebook Ermawati Ali

Dipercayai Kerana Main Banjir, Budak Ditahan ICU Punggung Dimasuki Lintah & Berdarah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kini musim tengkujuh telah kembali. Macam-macam peristiwa yang mungkin berlaku pada musim tengkujuh ini. Orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati supaya tiada kejadian yang tidak diingin berlaku kepada diri sendiri dan juga keluarga.

Semalam telah tular mengenai kisah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang mengalami pendarahan teruk akibat lintah masuk ke dalam duburnya di Pasir Mas, Kelantan.

Kredit Foto: facebook Ermawati Ali

Menurut posting ibu saudaranya, Ermawati Ali mengenai kisah anak saudaranya yang mengalami pendarahan sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut di kejarkan ke hospital bagi menerima rawatan akibat gigitan lintah tersebut.

Muhammad Hanee Ar Rifa’e bin Mohd Nahsamziha, atau dikenali sebagai Rifae segera dikejarkan ke hospital selepas mendapati darah yang mengalir di bahagian gigitan tersebut tidak henti-henti.

Kredit Foto: facebook Ermawati Ali

Akibat daripada aliran darah yang tidak berhenti setelah lintah tersebut berjaya dikeluarkan, muka Rifae bertukar menjadi kebiruan dan lidah terus bertukar menjadi putih.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Rifae telah selamat dibedah dan dipindahkan ke wad PICU. Dia telah menerima jahitan akibat daripada kesan gigitan lintah berkenaan.

Kini keadaan Rifae bertambah baik dan telah dipindahkan ke wad pembedahan kanak-kanak.

Rifae yang telah kehilangan banyak darah dan hampir 60 peratus darah penderma telah digunakan bagi menampung kehilangan darahnya itu.

Semoga tidak berlaku sebarang komplikasi dan Rifae membesar dengan sihat dan aktif seperti sediakala. 

Sumber: Ermawati Ali

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.