Siakap Keli

Dr Amalina Minta Selebriti Perjelas Dakwaan Promosi Iklan ‘Over Claim’

Menceburi bidang perniagaan sememangnya peluang yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan orang yang mahu memperbaiki kehidupannya. Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat, golongan artis dan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini.

Terbaru, seorang selebriti terkenal, pengacara dan usahawan berjaya sedang giat mempromosikan produk terbarunya dibawah kategori makanan dalam kalangan peminat dan orang awam.

Pun begitu, produk minuman berkenaan telah mendapat perhatian individu dipercayai seorang dietitian dan Dr Amalina sendiri apabila dikatakan ia telah dipromosikan secara ‘over claim’ bagi fungsi kesihatan dan kebaikannya.

“Inilah sebabnya penting untuk semua orang baca label makanan dan senarai bahan sebelum buat keputusan untuk beli. Dengan cara itu, pengguna boleh membuat keputusan lebih baik dan tidak ditipu oleh penjual.”

Menerusi tweet tersebut, Dr Amalina  meminta agar selebriti berkenaan tampil menjelaskan kesahihan kebaikan produk minuman tersebut.

Tambah Dr Amalina, tiada apa yang salah untuk menjual minuman berkenaan, namun pengiklanan yang dibuat mempunyai sedikit ralat.

Hi @***, saya berharap anda dan pasukan anda boleh jelaskan ini? Sudah semestinya tiada apa yang salah untuk menjual susu pisang, tapi pengiklanan tersebut sedikit mengelirukan. Saya pasti anda peka bahawa kita tidak boleh mengiklan sesuatu produk secara ‘over claim’ terhadap manfaat kesihatan, bolehkah anda jelaskan ini? Terima kasih

Tweet Dr Amalina itu bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut memberikan pendapat masing-masing.

“Setuju. Hanya namakan ia susu pisang. Jangan gunakan informasi mengelirukan untuk pemasaran produk”

“Harap dapat penjelasan daripada pengasas”

“Cuma jangan over claim saja.”

Walau bagaimanapun, satu posting Twitter mendakwa bahawa gambar pengiklanan tular itu tidak dikeluarkan oleh pihak HQ namun ia dikatakan hasil edit para stokis atau ejen semata-mata untuk melariskan jualan.

“Saya tak pasti tentang ini tapi harap semuanya dapat dijelaskan.”

“Gambar ini bukan daripada HQ. HQ tak pernah claim selain daripada yang ada dalam senarai bahan seperti yang dapat dilihat pada kotak.”

Sumber: Twitter, Dr. Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra