Siakap Keli
FAM

“Gameplay Paling Teruk Pernah Aku Tengok Dalam Sea Game Ni”, Netizen Luah Kekecewaan Selepas Tewas Dengan Kemboja

Keputusan perlawanan kelima bagi skuad bola sepak Malaysia dalam saingan kumpulan A Sukan SEA 2019 di Stadium Memorial Rizal, Manila sebentar tadi tidak memihak kepada pasukan negara selepas ditundukkan oleh pasukan Kemboja dengan keputusan 3-1 dicatatkan.

Keputusan yang agak mengecewakan itu sekaligus menyaksikan bahawa skuad Harimau Malaya gagal untuk menempah tiket ke peringkat separuh akhir dengan hanya sekadar menamatkan saingan di tempat keempat dalam kumpulan A.

Netizen yang mengikuti perkembangan skuad B-22 kebangsaan itu rata-ratanya melahirkan kekecewaan atas prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan negara.

Berikut adalah Tweet-tweet yang ditulis oleh netizen di media sosial Twitter:

Walau bagaimanapun, kita patut berbangga dengan skuad negara kita kerana telah berusaha sebaik mungkin bagi memberi saingan dalam saingan sukan SEA pada kali ini.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right