Siakap Keli

“Jumpalah Ayah Di Bilik Mayat,” Bapa Tak Sempat Jumpa Anak Sulung Baru Lahir, Maut Dilanggar Lori

Malang tidak berbau, itulah ungkapan yang kita akan takuti bila mana sesuatu bencana atau ujian menimpa kita tanpa di duga. Menerusi perkongsian Kuan Chee Heng di akaun Facebook miliknya, beliau telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pemandu van janazah yang membawa pulang seorang lelaki yang terlibat dengan kemalangan sebelum sempat bertemu dengan anak pertamanya.

Lelaki itu dipercayai menunggang motosikal untuk bertemu isterinya menyambut kelahiran bayi mereka yang pertama. Namun begitu, lelaki itu telah terlibat dengan kemalangan dimana telah bertembung dengan lori dan meninggal dunai ditempat kejadian.

Kejadian itu mengejutkan isterinya, dengan keadaan yang tidak stabil dan baru melahirkan dia terpaksa kehilangan seorang suami disisi. Isterinya terpaksa menanggung bebanan kos sewa van jenazah RM1000 dan pada masa yang sama bil hospital pun belum sempat dibayar olehnya. Dengan si suami hanya bekerja sebagai technician, wang simpanan yang dimiliki tidak mencukupi.

Berikut kisah yang dikongsikan olehnya.

AYAH TAK SEMPAT BAYAR BIL HOSPITAL BABY… MAAFKAN AYAH……BABY … JUMPA LAH AYAH DI BILIK MAYAT……

Saya turut menangis…. ayah bawa motosikal ke hospital…. untuk menyambut kelahiran baby…. pertama…. untuk lihat wajah baby…. malang nya… ayah tak sampai…. ayah bertembung dengan lori dan ayah meninggal on the spot….. isteri yang baru dapat baby… hilang ayah… jenazah nak bawa balik jauh…. hospital talipon… sewa van RM 1000… sedangkan bil hospital bersalin pun tak sempat bayar… ayah kerja technician… mana adalah duit sangat dalam simpanan….. akhir nya talipon berdering… dan kita uruskan sehingga ke kampung halaman… bayang kan kesedihan isteri beliau….. ini lah antara episod yang kami harungi… air mata kami turut berguguran………… semoga kita semua selamat di dunia dan di akhirat……. Van jenazah kami sentiasa standby… kerana kita pun kena standby untuk mati satu hari nanti…….

Sumber: Kuan Chee Heng

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)