Siakap Keli

Kisah Pak Cik “Bank-In” RM10 Ke Akaun Sendiri Sebab Duit Baki Tak Boleh Keluar Nak Beli Makan

Kini, kebanyakan urusan pembayaran serta bil-bil yang perlu dibayar lagi mudah dibayar secara deposit tunai ataupun melalui pembayaran atas talian.

Namun, tidak semua yang pergi ke bank untuk urusan pembayaran. Ada yang mempunyai sebab yang tersendiri yang tidak dipikir pun oleh orang lain.

Begitulah kisah seorang pakcik yang telah di muatnaik oleh Ah Jean di laman Facebook beliau.

Hari ini lepas makan tengahari saya dan adik lelaki bercadang untuk pergi ke bank. Sampai sana, mesin deposit rosak dan ada satu ja mesin yang boleh digunakan. Jadi terpaksa la beratur panjang-panjang sambil-sambil itu saya perhatikan gelagat-gelagat orang dan ramai yang pegang duit yang nak di bank in beserta telefon masing-masing.

Tiba-tiba saya ternampak seorang pakcik didepan saya ni, pegang RM 10 saja. Sanggupnya pakcik didepan ni berbaris panjang-panjang semata-mata mahu bank in sebanyak itu sahaja. Namun, dalam hati saya berfikir mungkin nanti tiba gilirannya dia akan mengeluarkan duit yang lain dari poket.

Kemudian, tidak lama lepas itu tibalah giliran pakcik ini. Seperti biasa pakcik ini masukkan no akaun sambil letakkan duit RM 10 itu. Namun dua kali duit pakcik itu ditolak. Mendengar suara yang tiba-tiba mengeluh terus saya ambik keputusan untuk pinjamkan duit saya dahulu. Malangnya, duit saya pun ditolak. Jadi saya tawarkan diri untuk tolong pakcik itu masukkan duit.

Kemudian, saya masukkan duit saya dahulu. Pakcik ini berada dibelakang sambil merenung duit dia yang tidak diterima. Selesai masukkan duit, saya pun pergi ke pakcik itu dan menolongnya masukkan duit. 

 

Sambil-sambil itu saya bertanyakan pakcik “Transfer duit ini untuk siapa?” “Ini akaun bank siapa?”. Pakcik itu terus berkata yang dia transfer duit itu ke akaun dia yang tersendiri. Duit tidak boleh dikeluarkan jika baki dalam akaun banknya cukup-cukup RM 50, dia mahu membeli makanan dengan menggunakan duit itu. Jadi saya terus masukkan duit Rm 10 dan sedikit duit lebih tanpa pengetahuan pakcik itu.

Transaksi yang dibuat terus berjaya, dia ingin membayar balik duit tapi saya terus menolak dan berkata “Tidak mengapa pakcik, anggap sahaja ini hadiah Christmast ya?”.

Terus tersenyum panjang pakcik tu smbil cakap terima kasih nak.

Saya belajar memberi bukan kerana saya mempunyai banayk duit tetapi kerana saya faham serta tahu keadaan dan perasaan bila kita ketiadaan duit. Saya pernah merasainya sewaktu belajar dulu.

Sumber : Facebook

Nurul Alia Ali

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)