Siakap Keli
Gambar Bernama

Pelajar Maut, Motisikal Bertembung Bas Ekspres

MARANG, 4 Dis – Seorang remaja, yang baharu habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah bas ekspres malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam di Kilometer 43, Jalan Kuala Terengganu menghala Kuantan di Merchang, mangsa Muhammad Haziq Mohd Aminudin, 17, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris berkata motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Kuantan menghala ke Terengganu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Pemandu bas telah cuba mengelak ke kiri kaki lima jalan tetapi akibat jarak yang dekat motosikal itu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan bas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)