Kegembiraan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Mainunah Iskandariah dengan berita kepulangan anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ke tanah air tidak lama lagi setelah selesai menjalani kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United kingdom di kongsikan di akaun Twitter miliknya @cheminahsayang.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dikatakan akan tamat menjalani latihan ketenteraan tersebut apada 13 disember 2019 nanti.
Insha allah pd 13 dec, tamat lah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst …. dan akan pulang balik Malaysia utk berkhidmat di Regiment 12 Melayu , Kuantan … alhamdulillah
insha allah pd 13 dec, tamat lah kursus ketenteraan Hassanal di Royal Military Academy Sandhurst …. dan akan pulang balik Malaysia utk berkhidmat di Regiment 12 Melayu , Kuantan … alhamdulillah , pic.twitter.com/aRon0qP437
— عزيزه محمود إسکندر (@cheminahsayang) December 3, 2019
Sekembali ke Malaysia, Tengku Hassanal, titah baginda akan berkhidmat di Rejimen 12 Askar Melayu Diraja, Kuantan, Pahang.
Tunku Azizah turut memaklumkan, baginda bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis perarakan pentauliahan Tengku Hassanal di Sandhurst pada 13 Disember.
Tuanku Agong dan saya sekeluarga akan hadir di majlis "Commissioning Parade" Tengku Hassanal di Sandhurst pd 13hb Dec ….. insha allah Pemangku Raja akan pulang ke tanah air selepas menunaikan Umrah pd bulan January nanti ….
— عزيزه محمود إسکندر (@cheminahsayang) December 3, 2019
Tengku Hassanal yang menamatkan pengajian dari Geneva School of Diplomacy and International Relations di Switzerland dalam bidang hubungan antarabangsa dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 31 Januari lepas selepas ayahandanya memulakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Baginda mengikuti kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst selama setahun. Royal Military Academy Sandhurst atau Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst merupakan pusat latihan tentera tersohor dunia.
Sumber: @cheminahsayang