Siakap Keli
Kredit Foto: kabaroposisi

Satu Kampung Rela Kerah Keringat Tanam Jagung, Demi Kumpul Dana Bina Masjid

Penduduk di desa Taropo, Kecamatan Kilo, Kabupaten Dompu-NTB Kabupaten Taropo (Pemdes) telah berganding bahu bersama-sama menanam jagung di atas tanah yang berkeluasan 6 hektar bagi mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah masjid.

Hal ini kelihatan unik dan jarang didengari apabila seluruh penduduk turun padang untuk berganding bahu bagi menjayakan misi ini bagi mendapatkan dana untuk membina sebuah masjid yang bakal dinamakan dengan masjid Nurul Iman.

Penduduk bekerjasama dalam aktiviti penanaman jagung yang dijalankan (Kredit Foto: kabaroposisi)

Hal ini telah dijayakan oleh penduduk di desa Taropo yang sanggup bekerjasama membantu satu sama lain bagi memperolehi dana tersebut.

Menurut Abdurrahman Ketua Desa Taropo, tanah yang berkeluasan 6 hektar ini diserahkan kepadanya selama 6 tahun untuk dibina masjid.

Namun, dia telah menggunakan tanah tersebut bagi menjalankan aktiviti penanaman jagung bagi menampung keperluan dalam proses pembinaan Masjid Nurul Iman.

Masyarakat mula membantu dalam kerja-kerja pembersihan tanah, menugal benih dan membaja serta kerja-kerja yang perlu dilakukan selepas penanaman jagung itu.

Hal ini dijalankan adalah untuk mempercepatkan proses pembinaan masjid Nurul Iman di desa Taropo tersebut.

Kerjasama ini perlu diteruskan kerana ianya usaha murni yang harus dipupuk oleh masyarakat sekarang supaya orang ramai dapat manfaat daripada aktiviti yang telah dijalankan.

Sumber: kabaroposisi.com

Siti Natrah Jusof