Siakap Keli

Sukan SEA: Malaysia Dimalukan Kemboja, Skuad B23 Negara Kempunan Ke Separuh Akhir

Bagi melayakkan Malaysia ke peringkat separuh akhir perlawanan bola sepak Sukan SEA 2019 di Filipina, pasukan negara perlu mengalahkan Kemboja yang diwakili Angkor Warriors.

Walaubagaimanapun, negara terpaksa berputih mata apabila pasukan Malaysia teruk diperbudak Angkor Warriors dengan kekalahan 3-1.

Kemboja menunjukkan aksi dengan gol pertama pada minit ke-56 oleh In Sodavid diikuti rapat gol kedua oleh Sieng Chanthea pada minit ke-57.

Pasukan Harimau Malaya sekali lagi berputih mata apabila Keo Sokpheng membolosi gol ketiga pada minit ke 68 dan menewaskan skuad negara.

Malaysia mengejar pada minit-minit terakhir dengan gol pertama pada minit ke-89 melalui pemain gantian, Quentan Cheng. Tamat perlawanan, Malaysia 1 – 3 Kemboja.

Amira

Love yourself.