Siakap Keli
Kredit: Ustazah Norhafizah Musa/Popbela.com

“Terburu-buru Tu Dari Syaitan, Tenang Itu Dari Allah”, Nasihat Ustazah Norhafizah Untuk Suami Yang Mahu Tambah Isteri

Penceraian merupakan isu yang amat berat; berat telinga mendengar, berat lagi hati yang menanggung.

Kesan dari perpecahan rumah tangga bukan sahaja memberi kesan kepada suami isteri, namun turut menggangu proses perkembangan anak-anak yang memerlukan persekitaran sihat dan harmoni.

Keretakan rumah tangga boleh memberi kesan jangka masa panjang terhadap psikologi anak-anak yang berisiko mengalami masalah kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.

Melihatkan isu perceraian yang hangat dibicarakan kebelakangan ini, seorang pendakwah bebas, Ustazah Norhafizah Musa turut tampil untuk memberi nasihat buat semua khususnya buat suami yang ingin berpoligami. Mari kita baca.

“Ini bukan marah, tapi bincang, nasihatkan namanya,” kata ustazah memulakan bicara.

Tanya diri

1. Tanya diri (kemampuan sedia ada). Tanya Allah (istikharah). Tanya orang-orang yang soleh (syura) lebih baik juga dari kalangan keluarga sebelum buat keputusan. Tak perlu terburu-buru sebab nasnya juga ada “Terburu-buru itu dari syaitan, tenang itu dari Allah.”

Untuk perkara besar seperti ini, bawalah bertenang. Tak perlu kejar hari, kejar tempat, sebab menentukan keputusan terbaik itu lebih afdhal.

Dapatkan izin mahkamah

2. Memang tak perlu izin isteri pertama tapi izin mahkamah itu perlu dan ia sangat menjaga maslahah semua pihak. Mahkamah pasti akan meluluskan bila memang layak, berkemampuan.

Biasanya isteri sedia ada akan dipanggil sebagai saksi paling dekat untuk melihat kemampuan dan kelayakan suami tadi dan banyak lagi pertimbangan lain.

Isteri pun kalau dah mahkamah luluskan, redha, tawakkal, cari hikmah yang besar dll. Ada kes mahkamah dapati kurang layak, tapi isteri pertama kata pada hakim,

“Tolonglah luluskan Yang Arif. Inshaa Allah saya ambil komitmen untuk sama-sama jaga rumahtangga dan keluarga ini.”

Yang Arif jawab: “Mengambil kira pandangan isteri pertama yang budiman, mahkamah meluluskan, semoga Allah masukkan isteri tuan ini ke dalam Syurga Firdaus.”

Ambil hati isteri sedia ada

3. Ambillah hati isteri sedia ada. Besarkanlah kesabaran tu, lipat gandakanlah kebaikan, nama pun nak ambil hati. Kalau dikeji, diumpat, diburuk-burukkan pula itu namanya cari pasal.

“Mudah-mudahan menjadi panduan untuk hidup bahagia sama ada berpoligami atau pun tidak,” tulis ustazah mengakhiri pesanannya itu.

View this post on Instagram

🌸Ini bukan marah… tapi bincang..😁nasihat kan namanya: 1. Tanya diri( kemampuan sedia ada)… tanya Allah ( istikhorah)… tanya org2 yg soleh ( syura) lebih baik juga dari kalangan keluarga sblm buat keputusan. Tak perlu terburu2 sebab nas nya juga ada " Terburu2 itu dari Syaitan, tenang itu dari Allah". Untuk perkara besar spt ini .. bawalah bertenang. Tak perlu kejar hari, kejar tempat, sbb menentukan keputusan terbaik itu lebih afdhal. 2. Memang tak perlu izin isteri pertama tapi izin mahkamah itu perlu dan ia sgt menjaga maslahah semua pihak .Mahkamah pasti akan meluluskan bila memang layak, berkemampuan… biasanya isteri sedia ada akan dipanggil… sbg saksi paling dekat untuk melihat kemampuan dan kelayakan suami tadi… dan banyak lagi pertimbangan lain. Isteri pun kalau dah mahkamah luluskan… redho, tawakkal, cari hikmah yg besar dll. Ada kes mahkamah dapati kurang layak.. tapi isteri pertama kata pda hakim… " tolonglah luluskan Yg Arif… Inshaa Allah saya ambil komitmen untuk sama2 jaga rumahtangga dan keluarga ini….." Yg Arif jawab: " mengambil kira pandangan isteri pertama yg budiman, mahkamah meluluskan, semoga Allah masukkan isteri tuan ini ke dalam Syurga Firdaus. " . ☺️ 3. Ambillah hati isteri sedia ada… besarkanlah kesabaran tu, lipat gandakanalah kebaikan , nama pun nak ambil hati…. kalau dikeji, diumpat, diburuk2kan pula itu namanya cari pasal… Ustazah berhenti dulu ya… nak solat pula. Org paksa tulis dan memang ustzh nak tulis… mudah2an jadi panduan utk hiduo bahagia samada berpoligami atau pun tidak.

A post shared by Ustzh Datuk Dr Norhafizah Musa (@ustazahnorhafizahmusa) on

Sumber: Ustazah Norhafizah Musa

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.