Siakap Keli
Kredit: Twitter, Daily Mail

(Video) Trend “Challenge” Didakwa Hanya Perempuan Boleh Buat, Kalau Lelaki ”Try” Tak Jadi, Saintis Beri Penjelasan

Warga maya tak pernah ketandusan idea untuk menarik perhatian orang ramai dengan cabaran-cabaran tertentu. Ada cabaran yang sekadar hiburan dan ada pula yang mengajak orang ramai untuk melakukan kebaikan.

Terbaru, tular di media sosial luar negara cabaran ‘mengangkat kerusi’ dengan postur tubuh tertentu. Cabarannya adalah peserta perlu berdiri dengan jarak dua tapak dari dinding, tunduk serta rapatkan kepala ke dinding dan mengangkat kerusi sambil menegakkan badan.

Peliknya, kaum wanita lebih mudah menjayakan cabaran ini manakala kaum lelaki menghadapi kesukaran untuk melakukannya.

Aksi-aksi peserta cabaran ini dikongsikan di media sosial dan menimbulkan tanda tanya – serta gelak tawa.

Wanita lebih mudah

Apa logiknya?

Menurut seorang saintis, Jeremy Johnson, “Pusat jisim untuk kebanyakan wanita lebih rendah ke pinggul manakala pusat jisim lelaki lebih tinggi.”

Oleh itu, bagi kebanyakan wanita, pusat jisim ketika membongkok ke atas kerusi adalah di atas kaki mereka sementara pusat jisim bagi lelaki pula di atas kerusi berkenaan.

Profesor Cambridge, Brian Ford pula mendakwa ianya berkaitan dengan saiz kaki. Disebabkan saiz kaki lelaki lebih besar, tiga tapak mereka lebih jauh daripada dinding berbanding wanita.

Sumber: Daily Mail, Twitter

Amira

Love yourself.