Siakap Keli

(Video) “Tak Malu Ke Dengan Luggage”, Elok Je ‘Beratur’, Netizen Kagum Sistem Canggih Di ”Airport” Singapura

Baru-baru ini, terdapat satu video yang tular memaparkan sistem bagasi yang dipercayai digunakan di lapangan terbang Changi, Singapura.

Video tersebut menunjukkan sistem bagasi yang cekap serta efisien seperti yang terdapat pada lapangan terbang tersebut.

Berdisiplin serta sikap bertimbang rasa yang dapat dilihat menerusi sistem bagasi tersebut telah membuatkan ramai netizen-netizen di media sosial terpesona.

Malahan ada juga netizen yang membandingkan sistem bagasi tersebut dengan sikap sesetengah manusia dan menyeru agar mencontohi sistem bagasi tersebut.

Antara Tweet-Tweet dari netizen adalah seperti berikut:

Tak malu ke dengan luggage?

Beg pun faham bila patut berhenti bila patut bergerak

Beg pun tahu nak berhenti kat simpang

Macam ni la kalau nak jadi pemandu

Beg pun tahu tunggu giliran nak masuk

Berdisiplin

Sumber: @AgBioWorld

Aqmal Ezany

I write what is right