Siakap Keli

(Video) Teringin Nak Ke Osaka, Ini 10 Perkara Korang Perlu Tahu Sebelum Beli Tiket ‘Flight’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Siapa je yang tak suka melancongkan? Bagi mereka yang ingin melancong terutama ke luar negara terdapat beberapa persiapan awal perlu dilakukan bagi memastikan perjalan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Jika diberi pilihan sudah tentu ramai akan menjadikan Jepun sebagai salah satu tempat akan pergi. Mana tidaknya Jepun sangat sinonim dengan negara yang penuh dengan adab budaya yang unik serta kawasan yang indah.

Menerusi perkongsian Ben amir Izzat di akaun Facebooknya, beliau telah berkongsikan beberapa perkara wajib yang perlu diketahui oleh anda semua sebelum pergi ke Osaka.

Almaklumlah bila nak ke negara orang ini banyak persiapan yang perlu dipersiapkan dan dirancang terlebih dahulu.

Ini 10 perkara wajib yang perlu anda tahu jika ingin travel ke Osaka.

1)Penginapan

Penginapan yang terbaik di Osaka adalah di area :

Shin imamiya

Namba

 Kenapa?

Satu Train dari Kansai Airport.

Lokasi Terdapat 4 station Train.

Terdapat Banyak kedai 24jam.

Lokasi Hotel dengan Harga Mampu milik.

 Trust me!! Kalau ampa stay kat area sini, ampa x perlu susah payah nak tukar train dah sebab direct ja turun kat shinimamiya station atau namba station dari Airport Kansai. Jimat masa dan tenaga.

Laluan train shin imamiya atau namba juga merupakan laluan train utama ke bandar2 yang lain seperti Kyoto,Kobe,Himeji dan lain2.

2. Data Internet

Pocket Wifi Roaming Man, sehari rm12 sahaja, unlimited data, speed laju, boleh buat hotspot sampai 5 devices. yang penting xde deposit charge.

Book online di website : https://www.roamingman.my (https://www.roamingman.my/)

kalau pergi solo atau jenis suka meliar boleh beli Sim kad Hello1010. Ada pelbagai pakej, ikut bilangan hari dan data kuota juga ada yang unlimited data.

Boleh beli di website : https://hello1010.my/ (https://hello1010.my/)

( apply promo code: hello1010xrtj )

Free Public Wifi , setibanya di Airport Kansai, ampa dah boleh access Free Wifi Airport, bandar2 utama pun ada Free Wifi, dalam train pun ada juga tau tapi x semua la. Kebanyakkan tempat di Osaka memang ada Free Wifi. So kalau ampa jenis nak jimat sangat, guna jela Free Wifi ni. Tapi ada kelemahan dia juga, dia kena login setiap 2-3 jam sekali, dan kalau phone kita lock, dia automatik unconnected wifi, unlock phone kita balik baru dia auto connect wifi. Biasa la benda free kan.

Free Roaming dari Umobile Postpaid User,

Sapa yang pakai plan postpaid Umobile P139, ampa boleh guna free roaming di Jepun okeh, bulanan diberi data free roaming 3GB x silap.. >̴͡.̮Ơ̴͡kay la tu 3gb banyak dah. Setakat nak update status FB, reply whtsap, buat live video xde masalah.

3. Pass dan Pengangkutan

OSAKA Amazing Pass ( OAP )

Enjoy Tour Osaka + Entrance Fee semaksima mungkin.

Kalau tak ada OAP ni, Kos perjalanan by Subway + Entrance melebihi harga OAP ni tau.

OAP adalah Sejenis PAS pengangkutan merangkumi train dan BAs di Metropolitan Osaka [ Non JR]. Pass ni boleh di gunakan secara unlimited selama 1 hari. Keistimewaannya ia termasuk dengan bayaran tempat lawatan tumpuan pelancong. PASS INI HANYA SESUAI DAN WAJIB DI GUNAKAN DI OSAKA sahaja, kerana ia sangat menguntungkan, ia dijual dalam kegunaan 1 dan 2 hari sahaja secara berturut turut.

Namun anda harus berhati-hati kerana hanya pada hari PERTAMA-untuk 1 day pass, (jika anda beli 2 days PASS tidak valid), anda boleh gunakan hampir semua LINE keretapi di Osaka (dan sekitar spt Amagasaki, Tenjimbashi, Nanakoshima, Nakamozu dll).

Hanya pada hari pertama (utk 1 days pass) anda boleh gunakan Hankyu Line, Kintetsu Line, Subway, Keihan Line, Hanshin Line dan Nankai Line. Tetapi laluan LINE ni adalah terhad untuk Osaka sahaja. Termasuk bus.

Manakala untuk 2 days pass, hanya subway, tram dan bus SAHAJA. Lain2 sudah tidak valid.

Secara dasarnya, saya lebih galakkan ampa beli OAP 1 DAY PASS. Sbb kebanyakkan kes, pembelian OAP 2 days adalah merugikan. Sebab apa? Sebab ampa tak mungkin nak guna semua kemudahan free, sebab niat anda ke Jepun adalah melancong berjalan2 bukan buang masa nak main permainan PERCUMA.

Di katakan jika anda maksimumkan penggunaan OAP 2 days pass, anda berjimat lebih dari RM400.00. Tetapi secara purata, dgn 1 day pass tu pun anda dah boleh jimat hampir RM200.00++.

 

KANSAI Thru Pass ( KTP )

Cover Hampir 80% Pengangkutan Awam di Kansai.

Kyoto – City bus + Subway + Non JR Train

NARA – Non JR Train

Kobe – City bus + Subway + Non JR Train

Osaka – Nankai Train to Airport + Subway +

City Bus.

KTP Juga Sejenis PAS keluaran gabungan Train dan Bas bukan dari JR. Dengan pass ini anda boleh menjelajah KANSAI – Kyoto / wakayama/ Kyoto / kobe / himeji / Nara dengan train dan subway juga sesetangah Bas. Ia di jual dalam kegunaan 2 hari dan 3 hari sahaja, pengunaan secara unlimited dan boleh berselang hari mahupun berturut.

Gambar: Ben Amir Izzat

Harga pass ni walaupun nampak murah cuma RM190-rm220 (3 hari) tetapi bagi orang Jepun sendiri, harga pass ni agak mahal. Saya banyak tengok posting yang under utilised guna pass ni. Kita bayar RM220 bukan RM50, bukan RM100.

Jadi agak terkejut juga bila saya tengok ada yang post dia guna KTP 3 days tapi tempat2 yang dia pergi langsung tidak berbaloi dengan harga pass contohnya guna KTP untuk hari pertama pergi ke Kobe sahaja, hari kedua pergi ke Kyoto sahaja, dan hari ketiga hanya pergi Nara sahaja. Kalau anda buat begini, ianya tidak berbaloi dengan harga Pass anda beli.

Lebih murah kalau beli SINGLE DAY PASS biasa.

 

Paling baik dan berbaloi jika anda gunakan pass ini Day 1 (Himeji+Kobe), Day 2 (Nara+Kyoto) dan Day 3 (Wakayama). So, total semua tempat ni ialah ¥13,000 (RM520.00). See! Anda jimat banyak kalau buat seperti ini.

Nampak rushing? Tidak. Anda harus bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir jam 10 malam.

Apa pun, bergantung cara anda travel.

Kita gunakan PASS KTP ini sebab kita hendak berjimat. Bukan beli PASS harga RM200 tapi guna cuma atau bersamaan nilai RM200.

Be a SMART traveller gaiss.

4.Hotel atau Airbnb

Terpulang pada bilangan ampa, kalau ramai melebihi 4 orang aku sarankan book thru Airbnb je sebab murah berbanding book hotel asing2.

Rate harga hotel per night average RM200-300 untuk 1 bilik bed queen. kalau 5 malam? Dah seribu lebih dah nak oii..

Jadi, kalau ampa ramai contoh 6 orang, better book apartment ja thru Airbnb, cari yang ada 3 bilik tidur, satu malam harga around RM200-300 jugak, 5 malam seribu, bahagi la 6 orang ampa, jimat uiii..

Lagi satu yang bestnya Airbnb ni memang provide facilities macam rumah dah seperti Dapur, cerek,peti ais, mesin basuh, iron, kelengkapan mandi, dan yang paling best owner sediakan Wifi Pocket Portable tau. Boleh bawak ke mana2 , xperlu beli data internet dah kan.

5.Aeroplaza (tempat rehat Kansai Airport)

Aeroplaza ni sebenarnya tempat ruang menunggu di Kansai Airport, ampa nak baring tidur pun boleh xde masalah. Kat sini ada plug boleh la caj powerbank atau phone ampa, ada tandas laki dan perempuan, baby room kalau nak tukaq pampers anak , ada bilik air untuk mandi tapi kena bayar 500 yen untuk 15 minit penggunaan air. Lebih dari cukup boleh sharee 2 orang kalau nak jimat. Yang bestnya juga turut disediakan blanket atau selimut, free sahaja, lepas guna kena letak balik tempat yang disediakan.

Lokasi Aeroplaza ni dalam bangunan Airport jugak, lepas keluar daripada imigresen dan tempat ambil bagasi tu, ampa naik lift tekan butang level 2F. Terus ja dan ampa nampak tulisan Aeroplaza besar. Sebelum masuk tu ampa akan selisih dengan Nankai Airport Line dan juga JR line. Selepas masuk Aeroplaza ampa terus ja sampai nampak Lawson dan Burger King. Ruang menunggu tu betul2 berhadapan dengan Burger King.

Bagi keluarga yang membawa bayi atau anak kecil saya tak galakkan anda staynight dalam ruangan ini kerana dikuatiri akan memberi gangguan pada orang lain yang tengah beristirihat.

6.Daikoku Locker

Daikoku Locker ini tersangat popular dari kalangan rakyat Malaysia kerana Locker penghulu kita yakni Tok Jack ada disini. Siapakah Tok Jack ni?? Tok Jack ni rakyat Malaysia macam kita juga, dia juga merupakan penulis Buku Road to Japan yang top seller tuh, bukan itu sahaja Tok Jack juga salah seorang admin Group Facebook Road to Japan. Ampa boleh la join group tu ye untuk dapatkan info terkini dan pelbagai tips mengenai travel ke jepun.

Daikoku Locker ini menyediakan perkhidmatan menyimpan baggage anda dengan kadar harga yang murah mengikut saiz baggage kita.

Harga :

Size Besar 150 yen

Size Medium 100 yen

Size kecil 50 yen

Kalau banyak bag owner kedai bagi diskaun banyak juga, contoh bag kami ketika itu lebih kurang 6-7 baggage, dia hanya caj 300 yen sahaja. berbaloi sungguh !!

Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran baggage ke Airport Kansai dengan harga yang berpatutan. 1 Baggage besar hanya caj 2,500 yen , jika baggage kita kecil dia akan combinekan dan masukkan dalam satu kotak besar dan juga hanya caj 2,500 yen tetapi ada caj tambahan 400 yen untuk harga kotak. Servis ini kita boleh gunakan ketika hari terakhir, kena hantar sebelum Jam 11 pagi ye kalau nak baggage kita sampai pada hari yang sama di Airport Kansai.

Oh ya, ampa jangan lupa sebut nama RTJ atau Tok Jack tau, owner kedai akan kasi diskaun punya dan yang bestnya ampa boleh mintak kunci locker Tok Jack. Dalam locker tu banyak barang2 yang anda boleh pinjam dan ambil.

Senarai barang yang Ada di dalam Locker Tok Jack :

  1. Tuala Wanita [baru]
  2. Berus Gigi [ baru]
  3. Ubat Gigi [baru]
  4. Pil “Chi-Kit” Tek Aun
  5. Cool Fever Untuk Budak
  6. Minyak urut Kaki 
  7. Perencah Masakan
  8. Tisu Basah
  9.  Tisu Kering
  10. Maggi Cup
  11. Sudu plastik
  12. Sterika – Pinjaman
  13. Periuk Nasi – pinjaman
  14. Beras
  15. Baju Hujan 3 set
  16. Kasih sayang orang malaysia yang menderma.

Sila ambil dan gunakan sebaiknya kemudahan ini – PERCUMA.

Jangan tinggalkan makanan yang tidak habis di Homestay, ia akan menyusahkan Tuan Rumah. Sila Tinggalkan di dalam locker Tok Jack ye.

Lokasi Daikoku Locker hanya bersebelahan dengan Exit 4 Station Dobutsuen-Mae. Beroperasi seawal jam 6 pagi sehingga jam 9 Malam setiap hari.

 

7.Aplikasi mobile

Masing2 ada phone canggih kan, tiap tahun tukaq phone kan, so setakat nak install apps dalam play store/apps store x jadi masalah la kan.

sila install apps ni ya. Sangat membantu jika ampa datang ke jepun.

Google Maps – ibu segala apps, wajib install, juz search ja nak pergi mana, akan ditunjukkan detail cara ke sana, naik station train apa, platform berapa, exit mana semua detail, memang paduu google maps💪🏽💪🏽

Google Translate – orang jepun memang jenis memperkasakan bahasa ibunda depa, kalau kita cakap english mostly memang depa tidak paham, jadi ampa translate jela dari english ke jepun, tunjuk kat depa, baru la depa paham dan jawab soalan ampa.

Muslim Pro – untuk tahu info waktu solat dan qiblat

Halal Navi – untuk mengetahui dimana kedai atau restaurant halal di area sana atau yang berdekatan dengan kita

Halal Gourmet – cek status atau kandungan bahan2 di ingrediant makanan sana, scan ja, juga sama function dengan Apps Halal Navi untuk mengetahui dimana kedai makan halal

City Rail Map- maps train subway osaka

8.Ubat/medicine

Kita ni manusia biasa bukan badang atau malaikat, kadang2 kita x sangka tengah sihat2 tetiba jatuh sakit.

Bawak la ubat seperti panadol, activefast, cekik tek aun, eye mor, dan uba2 yang berkaitan.

Ubat kat sana mahal dik non, aku sakit mata kat sana beli ubat sakit mata macam eye mor tu dekat 1000 yen tau. Menyesal x bawak eye mor 

Yang penting ampa kena bawa minyak urut tau, minyak panas, yoko yoko , koyop, wajib tau bawa. Tiap malam sebelum tidur konpem sakit2 badan, sakit kaki dek berjalan banyak sepanjang hari, haa sapu dan urut la puas2, esok bangun pagi akan hilang sakit tu.

Bawa sekali time berjalan , mana tau tengah jalan otot terasa kejang boleh la calit sapu.

9.Travel Insurance

Benda ni antara perkara wajib mesti ampa amik, sediakan payung sebelum hujan, malang tidak berbau, sudah jatuh ditimpa tangga pula, apa lagi peribahasa boleh boh? Hehhe..

Kalau jadi kemalangan ka sakit ka masuk ward ka, lebih teruk lagi kalau meninggal ka, haa sapa nak tanggung ampa ?? Family ampa ka? Kawan2 ampa ka? Kalau anak orang kaya x pa la, ni nak travel pun berjimat sakan, sampai nak beli insurance travel pun x mau ye..

Tolonglah beli, bukan mahal pun, bawah RM100 je ikut plan ampa amik. Ada banyak plan, amik ja mana yang ampa mampu, yang penting pilihlah Travel Insurance yang Cashless ye, elakkan ambil yang Pay and Claim. Contoh yang cashless sekarang ni Etiqa dengan AIG x silap aku la tapi Etiqa memang aku yakin memang cashless.

Kalau nak apply insurance travel Etiqa 360tripcare takaful boleh apply dengan saya ye hehhhe.. ( promote skit ) whatsaap abam untuk free quotation :01111325387 atau klik link whtsaap abam http://amirizzat.wasap.my/

10.Empat Musim

Musim mana yang paling best di Osaka?

Kalau ampa hendak lihat :

Musim Autumn/Luruh

pergi Pertengahan hingga hujung NOVEMBER, barulah nampak daun semua bertukar warna Merah, Kuning, Oren, view memang lawa sangat. Cuaca pun best tidak terlalu sejuk dan tidak panas.

Selalu kalau dapat Tiket Murah Pada bulan SEPT/OKT , tyme ni di Osaka musim panas dan hujan ye, sebab tu dapat murah, daun pun hijauu jaa hahhha

Musim Winter/Salji

Pergi MiD DEC – MID MAC, Selalu Tiket Murah Awal DEC untuk Osaka Maka Anda Akan dapat suhu sejuk sahaja tanpa kelihatan kelibat salji huhuuu

Musim Spring/Bunga

Pergi End MAC hingga Awal APRIL , Selalu Tiket Murah Awal MAC untuk OSAKA maka Anda akan dapat suhu sejuk dan Ranting Sakura sahaja.

Tetapi Jika Anda Hanya ingin Melihat Jepun dan budaya mereka sahaja, Pergilah bila bila masa dan bila tiket Murah.

Sumber: Ben Amir Izzat

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)